berita

Kelopak Mata Koyak Akibat Kerap Pakai Contact Lens

February 21st, 2018 | by Amat
Kini Trending

Umum mengetahui fungsi kanta lekap yang membantu penglihatan si pemakai. Pendek kata, dah tak rabun lagi dan boleh melihat dengan jelas. Namun ada segelintir dari kita yang memakai kanta lekap untuk kelihatan cantik. Tapi tahukah korang bahawa contact lens boleh mengundang risiko tinggi kepada si pemakai menjadi buta dan makin kabur penglihatan?

Pengguna Facebook, Nur Maisaraa, berkongsi pengalaman peribadi setelah sepasang bebola mata tidak dapat berfungsi secara normal akibat kerap memakai kanta lekap.

Nasib tak buta

Gadis ini menceritakan pengalaman dimana dia kerap memakai kanta lekap. Setelah menanggalkan contact lens, dia mula merasai penglihatan yang tidak selesa. Secara tiba-tiba, mata mula berhabuk dan berair. Malah, kedua biji matanya mulai kemerahan dan merasa gatal.

Ujar gadis ini, penglihatan semakin rabun sebelah mata dan dia mengalami rabun jarak jauh dan dekat.

Jumpa doktor atau pakar

Dia segera mendapatkan nasihat dan bantuan dari doktor mata mengenai kondisi penglihatannya. Didapati kelompak mata mengalami koyakkan sedikit akibat penggunaan kanta lekap yang kerap dipakai.

Mungkin perkongsian kisah ini dapat menjadi iktibar buat kalangan kita yang suka memakai contact lens atas tujuan kecantikkan. Segera berjumpa doktor atau pakar jika didapati korang mengalami penglihatan semakin teruk setelah memakai kanta lekap ini.

https://www.facebook.com/syara.syafienaii/videos/409101259532212/

Credit: Facebook Nur Maisaraa ii

SKIP THIS AD ×