Umum tahu, pelakon dan pengacara Yasmin Hani dengan bekas suaminya, Sha’arin sudah bercerai namun tidak didedahkan butiran lanjut kepada umum.
Keluar bersama
Terbaru, hantaran yang dimuat naik Yasmin di Instagram (IG) menarik perhatian ramai. Yasmin, 42, dilihat keluar berbuka puasa dengan pelakon Alif Hadi, 33, bersama dua cahaya matanya, Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.
Menerusi foto itu, jelas kelihatan kemesraan Alif melayan kerenah dua anak Yasmin. Bukan hanya Yasmin yang bersikap terbuka, Alif turut berkongsi gambar yang sama di IG miliknya.
“Ingatkan pegi iftar nak makan juadah.. last-last jadi juadah (emoji tahi),” tulis pemilik nama Muhammad Alif Abdul Hadi sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mengundang pelbagai respon daripada rakan artis dan peminat. Ada yang menggunakan panggilan ‘daddy’ pada Alif.
Gambar berdua di pantai
Sebelum ini, pelakon drama Adam Chempaka pernah menayangkan keakraban mereka dengan memuat naik foto duduk berdua di persisiran pantai.
Saya tertarik dengan yang ini..(emoji love).
Sekadar info, Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose berkahwin pada tahun 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.
Manakala, Alif pernah menjalinkan hubungan rapat dengan Zizi Kirana namun reda tiada jodoh antara mereka selepas penyanyi rap itu berkahwin dengan aktor Yusof Bahrin.
Sumber: Instagram @yasminhani & @alifhadi