berita

Keluarga Kanak-Kanak Maut Disengat 60 Tebuan Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

June 29th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas terkena 60 sengatan di seluruh bahagian badan di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu pada Ahad lalu. Mangsa, Eidrish berusia lima tahun ketika itu, dikatakan sedang bermain bersama dua kakaknya di hadapan rumah datuk mereka.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Berusia Lima Tahun Meninggal Dunia Selepas Disengat Lebih 60 Tebuan

Keluarga mahu ambil tindakan

Foto: Kosmo

Terbaru, menerusi laporan Kosmo ahli keluarga kepada mangsa dikatakan mahu mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang bertanggungjawab. Bapa mangsa dikenali sebagai Mohd. Khalid Omar, 40, mendakwa insiden tersebut boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) ‘sedar’ akan keselamatan penduduk.

Dakwanya lagi, sarang tebuan tanah yang menyengat anaknya berada di bawah sisa rangkat pelantar jeti usang yang dipercayai dibiarkan sejak empat tahun lalu di kawasan berkenaan. Bukan itu sahaja, penduduk setempat juga mendakwa pernah ternampak kelibat anak ular tedung di lokasi yang sama.

Rangka pelantar jeti itu tidak sepatutnya berada di kawasan taman permainan berkenaan. Apatah lagi ia bersebelahan gelanggang futsal dan taska.

Saya harap kejadian menimpa arwah anak tidak berulang dan menjadi pengajaran. Kami sekeluarga masih berbincang untuk menggunakan saluran undang-undang.

Kakak kepada mangsa kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan dalam keadaan baik dan beransur pulih.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×