Jatuh air mata seorang abang apabila adik perempuannya yang dijadual mengadakan majlis persandingan ditipu oleh sebuah syarikat katerer sebanyak RM13,000.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Influencer’ Dakwa Ditipu 180K Dengan ‘Wedding Planner’, Hotel Tahan Makanan Tetamu & Tak Boleh Masuk Bilik
Pinjam kerusi dan meja masjid
@najmudin.shukor Sebak. Sebab semua tak jangka kita bole handle. #abangsoya ? original sound – ABANG SOYAAA
Menerusi video yang tular di TikTok, seorang lelaki bernama Najmudin Shukor atau lebih dikenali sebagai Abang Soya tidak dapat menahan sebak mengenangkan keadaan yang menimpa keluarganya beberapa jam sebelum majlis berlangsung.
Yang ini memang sebak gila, tadi masa lori ais sampai kami cakaplah yang kami kena tipu dengan katerer sampaikan orang yang hantar ais itu terkejut.
Mereka pun bagi kami ‘extra’ ais untuk mudahkan majlis hari ini. Saya tak boleh jadi macam ini, serius saya sebak.
Menurut Najmudin, pihaknya dan keluarga perlu meminjam beberapa buah meja dan kerusi dari surau kariah kawasan perumahannya bagi memastikan majlis persandingan tersebut berjalan dengan lancar.
Bukan itu sahaja, Najmudin dan ahli keluarga yang lain difahamkan bertungkus lumus menyediakan juadah buat para tetamu yang bakal hadir ke majlis persandingan adik perempuannya itu.
Lauk ini semua kami ahli keluarga yang masak sendiri. Meja dan kerusi semua ini kami pinjam, adalah sebahagian yang kami dapat sewa dan hias bagi nampak seperti majlis kahwin.
Di akhir video tersebut, Najmudin yang menitiskan air matanya menitipkan ucapan terima kasih buat ahli keluarga dan saudara maranya lain yang sama-sama membantu memudahkan urusannya dan keluarga.
Kelam kabut masak lauk
Menerusi beberapa hantaran yang lain, dapat dilihat Najmudin, ahli keluarga serta beberapa orang rakan kepada adiknya yang turun padang sama-sama membantu bagi memudahkan urusan majlis berjalan dengan lancar.
Mereka dilihat bersatu hati dalam menyediakan beberapa barang keperluan seperti bahan mentah dan bahan basah, mencari PA sistem, kerusi meja dan sebagainya.
Terdahulu, tular satu perkongsian dibuat seorang lagi abang kepada pengantin perempuan yang dikenali sebagai Burhanuddin Shukor yang membuat permohonan maaf di atas kekhilafan dan kekurangan yang disediakan pihaknya terhadap semua tetamu jemputan yang hadir.
Menurut Burhanuddin, pihak keluarganya telah pun ditipu oleh sebuah syarikat katerer yang tidak bertanggungjawab dan menghilangkan diri selepas menerima bayaran sebanyak RM13,000.