berita

‘Keluarga Tak Boleh Lantang Macam Pihak Sana Sebab Faktor Kerjaya’ – Puteri Sarah Liyana

January 18th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Keberadaan keluarga pelakon Puteri Sarah Liyana sepanjang konflik rumah tangga dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menjadi bualan warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Cukup Sembilan Tahun Saya Menjadi Isteri Muhammad Syamsul’ – Puteri Sarah Liyana

Artikel Berkaitan: ‘Kita Akan Minta Mahkamah Untuk Jatuhkan Hukuman Penjara & Denda’ – Peguam Puteri Sarah Liyana

Artikel Berkaitan: ‘Anak-Anak Gembira Seperti Biasa, Tidak Tahu Mengenai Permohonan Cerai’ 

Artikel Berkaitan: ‘Menyampah Aku Tengok’ – Tweet Sindiran Kakak Ira Kazar Tuju Untuk Puteri Sarah?

Mana keluarga saya?

Menjawab persoalan itu, Puteri Sarah menegaskan ahli keluarganya iaitu ibu bapa dan adik beradik sentiasa berada di sisi bagi memberi sokongan.

Jelas aktres berumur 38 tahun ini, profesion kerja menjadi faktor utama untuk mereka tidak bersikap lantang di media sosial seperti pihak ketiga.

Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan.

Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan.

Puteri Sarah berkata demikian sejurus usai memfailkan penceraian di perkarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Isnin.

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut memperkenalkan adik perempuannya, Puteri Sofia Nadira yang bekerja sebagai doktor manakala Megat Imran Ikram seorang konsultan.

Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.

Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.

Pada Isnin lalu, Puteri Sarah memfailkan penceraian selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

SKIP THIS AD ×