berita

Keluarga Tak Halang Jika Jodoh Min Yasmin Dengan Julfekar

May 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Min Yasmin

Gosip cinta antara penyanyi, Min Yasmin dengan komposer serta penulis lirik terkenal, Julfekar bukanlah perkara asing lagi dalam industri hiburan tempatan.

Pasangan ini telah mula dikatakan bercinta sejak tahun lepas, akan tetapi kedua-duanya masih menafikan dakwaan tersebut.

Sewaktu berpeluang bertemu dengan Min Yasmin sendiri di acara pra dengar lagu terbarunya bersama penyanyi dari Filipina, Nikki Bacolod petang semalam, penyanyi tersebut telah menyatakan bahawa dia hanya serahkan segalanya kepada ketentuan takdir dan tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi untuk soal jodoh.

Pada Min jodoh pertemuan, ajal maut ini kita tak boleh nak elak sebab segala-galanya adalah sesuatu yang pasti. Kadang-kadang kalau kita rancang sangat pun, belum tentu lagi akan menjadi.

Jadi, bagi Min sendiri biarlah buat sahaja yang terbaik dan ikut laluan yang telah Tuhan dah susun untuk diri Min. Insyallah, kalau dah sampai masanya nanti Min akan bagitahu.

Minyasmin & Julfekar

Ehem.. comel je tengok Julfekar & Min Yasmin kan :)

Memandangkan Min baru sahaja menjejakkan kaki dalam industri seni tempatan, jadi timbul juga persoalan adakah selepas ini Min akan lebih fokus dalam bidang kerjaya dan meletakkan soal jodoh di tangga yang kedua?

Dalam industri ini Min pun dah nak masuk hampir 3 tahun.

Ya, pada Min memang kerjaya itu sangat penting, tapi kalau kita nak lambatkan soal jodoh pun tak boleh juga. Lagipun tahun ini Min dah masuk umur 25 tahun, jadi sebagai seorang perempuan rasanya umur sekarang dah sesuai untuk Min mula fikirkan soal jodoh.

Doakanlah yang baik-baik untuk Min.

942157_10151383651835938_1310893566_n

Nikki Bacolod, Julfekar & Min Yasmin sekitar pra dengar lagu Hilangkanlah

Berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Julfekar, penyanyi ini akui ibu bapanya pernah bertemu dengan komposer terkenal tersebut, dan mereka juga dikatakan tiada halangan untuk menjodohkan mereka berdua.

Keluarga memang pernah jumpa dengan Julfekar sebab dia pun bos Min. Keluarga Min OK je. Mereka pun bersikap terbuka. Kalau dah memang jodoh kami, mereka pun tak boleh nak halang. Tapi buat masa ini kita cuma buat yang terbaik sahaja.

Merujuk perkembangan terbaru, Min Yasmin baru sahaja selesai merakamkan lagu terbarunya bersama penyanyi dari Filipina, Nikki Bacolod menerusi lagu mereka berjudul Hilangkanlah atau dalam Bahasa Tagolog disebut sebagai Sa Iyo.

Lagu ini difahamkan akan dikeluarkan dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Tagalog, di mana kedua-dua versi tersebut akan dipasarkan di Filipina kelak.

Dalam perkembangan lain, Min juga dikatakan baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk video klip single terbarunya berjudul Dalam Misteri Cintamu. 

Di sini kami selitkan video keek Min Yasmin sewaktu pra dengar lagu Hilangkanlah petang semalam. Jom layan!

May 22, 2013 | #HILANGKANLAH by MinYasmin & NikkiBacolod :-) by MinYasmin on Keek.com

Kredit Foto : Facebook Min Yasmin & Instagram Nikki Bacolod

SKIP THIS AD ×