berita

Keluhan Isi Hati Budak Darjah 3 Tentang Rutin Pembelajaran Seharian Yang Membebankan

February 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kanak-kanak zaman sekarang terbeban dengan pembelajaran yang berlebihan sehingga tidak dapat menikmati zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak sepatutnya dipenuhi dengan sifat riang ria, bebas bermain apa sahaja. Terimbau kembali zaman kanak-kanak sewaktu dahulu dimana dapat menghabiskan masa bermain bola bersama rakan sebaya di waktu petang. Zaman sudah berubah, kanak-kanak sekarang banyak dipaksa belajar sekiranya terdapat masa yang terluang.

Satu kisah yang dikongsikan dilaman Facebook Kio Khairul menceritakan tentang keluhan dan luahan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang rasa dirinya dibebani dengan pembelajaran lebih masa. Kanak-kanak tersebut merupakan anak kepada saudaranya. Jom dengar keluhan kanak-kanak itu.

Bangun lagi awal dari yang kerja office

Petang semalam pergi ziarah sedara dekat Penang. Aku lepak dengan anak diorang berdua ja sambil-sambil makan manggis depan rumah.

Sambil kupas manggis tu aku tanya budak ni pasal sekolah dia. Dan agak mengejutkan luahan dari seorang budak yang baru darjah tiga. Dia mengadu penat sangat-sangat.

Pagi 6.45 pagi dah keluar rumah pergi sekolah. Pukul berapa budak umur 9 tahun ni bangun?! Habis sekolah rehat sejam sambung sekolah agama petang pulak. Sampai pukul 5 petang. Dah macam aku plak. Kerja office cuma bezanya aku keluar rumah jam 8 pagi tapi dia jam 6.45 pagi.

Malam ada kelas tambahan berbayar

Ceritanya tak habis kat sini. Percaya tak. Budak ni sampai rumah jam 6 petang rehat. Hanya rehat sebab seharian menuntut ilmu. Semestinya penat gila kot. Aku yang dah dewasa ni pon balik kerja memang mesti penat inikan pulak budak 9 tahun.

Yang lagi tragis, jam 8 malam pulak dia ada kelas tambahan berbayar dia pulak. Sampai jam 10 malam. Sedih gila aku dengar dia cerita. Sumpah aku rasa mcm. Mana kau dapat tenaga dan kekuatan budak ini.

Saya tak nak pergi tuisyen malam

Ayat terakhir budak ni cakap kat aku yang membuatkan aku sebak sangat-sangat.

Bang. Bole tak cakap kat mak dengan abah. Saya tak nak pergi tuisyen malam dah. Tak larat la bang. Saya dah cakap kat mak. Tapi mak marah sebab kata nanti saya tak pandai dan dapat nombor akhir dalam kelas.

Sampai macam tu sekali mak ugut anak dia sendiri. Dan percayalah. Sekarang ni dah jadi macam trending mak bapak sibuk hantar anak pergi tuisyen malam seawal umur darjah 2. Apa yang anda impikan dari mereka?

Jangan menyesal di kemudian hari

Jangan terkejut dah banyak kes budak-budak sekarang yang amik keputusan bunuh diri. Menyesal kemudian tiada gunanya. Sudah dirampas zaman kanak-kanaknya semata-mata mengejar kedudukan dalam kelas, jadi ada la modal nak cerita kat jiran-jiran dan sedara mara tentang pencapaian anak tu. Mak bapak senyum ja share kat orang sekeliling. Anak tu pulak senyum kelat kat bucu rumah.

Renung-renungkan la ya. Hanya berkongsi apa yang aku rasa.

Sumber: Kio Khairul

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×