Semalam, umat Islam telah kehilangan pendakwah dan juga ahli ulama terkenal Indonesia iaitu Syekh Ali Jaber . Jenazah Allahyarham Syekh Ali Jaber selamat dikebumikan di Pondok Pesantren Darul Quran Tangerang petang semalam.
Artikel Berkaitan : Pendakwah, Ahli Ulama Indonesia Syekh Ali Jaber Meninggal Dunia
Ratusan orang memberi penghormatan terakhir buat beliau sehinggakan pihak polis terpaksa masuk campur bagi mengawal lalu lintas serta penjarakkan sosial.
Ratusan orang ramai membanjiri jalan raya
Orang ramai sanggup menunggu di tepi bahu jalan raya untuk mengiringi Syekh Ali Jaber ke tanah perkuburan ketika melintasi Jalan Pemuda, Pulogadung, Jakarta semalam. Allahyarham Syekh Ali Jaber dihantar ke Sekolah Berasrama Islam Daarul Quran, Cipondoh, Tangerang untuk dibumikan. Semasa dalam perjalanan, para penduduk dilihat sanggup memberhentikan kereta malah menunggu untuk memberi penghormatan terakhir.
Keadaan ini menyebabkan pihak polis terpaksa masuk campur dan menghalang orang ramai agar tidak berkumpul. Walau bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan masuk ke rumah Allahyarham kerana polis tidak membenarkan selain ahli keluarga, rakan terdekat dan media-media untuk melihat Allahyarham dimandikan serta dikebumikan.
Terpaksa naik motor untuk ke tempat pengebumian
Malah, menerusi portal sindonews, Prof Arif Rachman iaitu bapa mertua Syekh Ali Jaber (kiri) bersama saudara-mara mengalami kesukaran memasuki kawasan Rumah Pemakaman, di Perumahan Taman Berdikari Sentosa. Orang ramai dilihar berpusu-pusu ingin melihat Allahyarham buat kali terakhir menyebabkan pihak keluarga sukar memasuki kawasan rumah pengebumian. Mereka terpaksa menghentikan kereta di luar kawasan tersebut dan menaiki motosikal untuk masuk ke tempat pengebumian.
Penghormatan terakhir
Ramai membanjiri kawasan pengebumian
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber : sindonews, ifranhakim