berita

Kematian Misteri CEO Cradle Fund, Balu & Dua Anak Tiri Bakal Dituduh

March 4th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Allahyarham Nazrin Hassan pada mulanya dikatakan berpunca dari letupan telefon bimbit yang dicas. Namun, siasatan lanjut mendapati ada sebab mencurigakan di sebalik kematiannya.

Terbaru, balu dan dua anak tirinya dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pagi ini.

Ditahan di rumah pagi tadi

Wanita berusia 43 tahun dan anak lelakinya berusia 15 dan 17 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan akan dibaca bersama Seksyen 34 KK.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di kediaman mereka jam 6.45 pagi hari ini.

Jabatan Peguam Negara sudah mengeluarkan arahan untuk mendakwa ketiga-tiganya mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 34 KK.

Mereka akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada jam 2 petang ini bagi proses pertuduhan kerana membunuh.

Kesan lubang pada kiri kepala

Menurut New Straits Times, sebuah portal melaporkan keluarga Nazrin berkata hasil bedah siasat mendapati arwah maut kerana beberapa kecederaan di kepala.

Bagaimanapun kecederaan dialami Nazrin bukan disebabkan letupan telefon bimbitnya, seperti yang dilaporkan dalam bedah siasat pertama diadakan di Hospital Kuala Lumpur. Terdapat kesan melecur di beberapa bahagian di tubuh serta dua kesan lubang atau kecederaan pada bahagian kiri kepala mangsa.

Pada 14 Jun tahun lalu, Nazrin, 47, ditemui maut dalam kejadian kebakaran di bilik di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya.

Sumber: Harian Metro, New Straits Times

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×