Semalam, pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah memuat naik satu kenyataan memaklumkan dirinya reda dimadukan namun membuat keputusan untuk memperjuangkan masa depannya dan anak-anak.
Menerusi satu hantaran di Instagram (IG), Aisyah memaklumkan bahawa harta sepencariannya bersama suaminya, Alif Teega telah diserahkan 100% kepadanya atas persetujuan mereka berdua.
Artikel Berkaitan: ‘Segala Hasil Titik Peluh Bersama Suami & Aset Lain Telah Dipindahkan 100% Kepada Aisyah’
Alif setuju serah aset
View this post on Instagram
Terbaharu, Alif pula memuat naik satu hantaran di IG memaklumkan dia bersetuju untuk menyerahkan kesemua aset itu kepada Aisyah.
Aset sepencarian yang dimaksudkan termasuklah kereta, rumah, syarikat Hijanah yang diusahakan mereka serta beberapa lagi harta yang lain.
Bismillah, tujuan posting ini adalah untuk sampaikan khabar berita dan moga menjadi manfaat kebaikan buat kalian semua.
Alhamdulillah, haza min fadhli Rabbi. Hari ini saya buat keputusan untuk memindahkan segala aset dan harta sepencarian sepanjang perkahwinan saya dan Aisyah.
Saya pindahkan semuanya atas nama Aisyah. 100% buat Aisyah. Syarikat Hijanah, rumah, kereta dan lain-lain semuanya atas nama Aisyah.
Dalam pada itu, Alif menjelaskan bahawa dia akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan bantuan dan sokongan buat isterinya itu dalam memajukan syarikat perniagaan yang diusahakannya.
Menurut Alif, kemelut rumah tangga yang berlaku telah mengajarnya banyak perkara dan isterinya itu sama sekali tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab kepadanya.
Insya-Allah, saya akan sedaya upaya bantu dibelakang, usaha sehabis baik untuk terus majukan Hijanah, bimbing Aisyah untuk terus bawa Hijanah ke hadapan lagi dan saya yakin Aisyah mampu untuk ‘lead’ Hijanah sepenuhnya.
Apa yang berlaku telah mengajar saya banyak perkara. Subhanallah, Aisyah menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dengan baik hingga sekarang dan juga membantu saya menjadi seorang suami yang lebih baik, doakanlah saya.
Untuk info, kemelut rumah tangga membabitkan Alif dan Aisyah tular sehinggakan meraih perhatian wargamaya di media sosial selepas Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain.
Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah menerusi hantaran di Instagram Story turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Sumber: Instagram