berita

‘Ahli KWSP Bawah 55 Tahun Dibenarkan Buat Pengeluaran RM500 Sebulan Akaun 2’ – Perdana Menteri

March 23rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Hari ini merupakan hari keenam sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pada 8 Mac 2020 lalu. Orang ramai mula dilihat patuh arahan berada di rumah sejak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula membantu pihak kerajaan dalam menangani isu penularan wabak  COVID-19 dari semakin meningkat.

Terbaru Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan inisiatif  bagi meringankan beban rakyat dalam menangani ekonomi semasa negara.

Inisiatif untuk rakyat

Menurut, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengadakan mesyuarat kedua bagi membincangkan majlis tindakan ekonomi untuk mengatasi krisis ekonomi negara. Wabak COVID-19 ini turut menyebabkan penurunan harga minyak mentah seluruh dunia.

Ekoran daripada ini, seluruh negara serta rakyat terkesan dengan hal ini menyebabkan ramai yang hilang sumber pendapatan, perniaga kecil terpaksa tutup kedai. Ramai menangung kerugian kerana perusahan mereka terpaksa ditutup buat sementara.

Bagi mengatasi masalah keadaan ekonomi tidak menentu ini, kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan beberapa inisiatif utama agar dapat membantu ringankan sedikit beban untuk semua rakyat.

  1. Kemudahan pengeluaran i-lestari bagi pencarum KWSP berjumpa 40 billion untuk pencarum bawah 55 tahun. Orang ramai boleh membuat pengeluaran dalam simpanan akaun 2 masing-masing sebanyak 500 sebulan dalam tempoh 12 bulan.
  2. Kerajaan bersetuju menyalurkan RM500juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyokong usaha menangani COVID-19 untuk membiayai peralatan perubatan. Peruntukan 100juta untuk melantik dua ribu kakitangan baru secara kontrak terutama sekali jururawat untuk merawat pesakit.
  3. Kerajaan bersetuju memberi peruntukan RM130 juta bagi negeri-negeri bagi membantu menangani COVID-19. Peruntukan ini untuk memberi bantuan kepada peniaga kecil-kecil, penjaja dan pesakit COVID-19.
  4. Kerajaan untuk bersetuju untuk lanjutan masa 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan PTPTN yang 750 juta. Berkuatkuasa serta merta hari ini sehingga 30 Disember 2020.

Tambahan, kerajaan sedang meneliti lagi langkah bagi membantu rakyat dalam menangani masalah ekonomi negara ini. Semuanya rakyat akan diberi perhatian oleh kerajaan. Pakej ransangan bantuan rakyat akan diperkenalkan pada 30 Mac 2020 bagi membantu mengukuhkan ekonomi dalam menangani wabak ini.

Mengakhiri ucapan itu, PM mengharapkan agar semua orang sentiasa bermuafakat berganding bahu untuk menbendung masalah yang melanda seluruh negara ini.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×