Pelakon Azhar Sulaiman meluahkan hasrat agar anak lelakinya, Andika Rees Pahamin mengimamkan solat jenazahnya andai tiba ajalnya suatu hari nanti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Akui Buat Rawatan Buang Lemak Di Dagu, Upah Jurulatih Peribadi Untuk Tampil Langsing – ‘Saya Juga Jaga Pemakanan’
Artikel Berkaitan: ‘Rees & Leona Sudah Tahu Membawa Diri & Terbang Sendiri’ – Azhar Sulaiman
Ajar anak jadi iman
Menerusi hantaran di Instagram, Azhar berkata, dia tidak dapat berbuat demikian sewaktu arwah bapanya meninggal dunia.
Behar (panggilan Azhar) tiada di Malaysia ketika arwah bapa meninggal dunia dulu dan tak tahu pun macam mana untuk uruskan jenazah.
Jadi sekarang saya kena ajar Rees untuk menjadi imam untuk sembahyangkan saya nanti kalau meninggal dunia secara normal.
Pada perkongsian sama, Azhar turut meninggalkan nota kaki yang ambil daripada ceramah pendakwah Ustaz Azhar Idrus mengenai kewajipan anak lelaki untuk sembahyangkan jenazah bapa mereka.
Anak lelaki wajib sembahyangkan jenazah ayah mereka nanti.
Sekadar info, Rees, 22, adalah kembar kepada pempengaruh popular, Kasih Iris Leona, 22.
Selain Rees dan Leona, Azhar juga mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Kasih Leia Ixora, 26.
Sumber: Instagram