berita

Kena Gelak Dengan Netizen Sebab Banyak Babak ‘Kantoi’, Pengarah ‘Bukan Cinta Aku’ Buka Mulut

July 5th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Semenjak drama Bukan Cinta Aku arahan Ejump Mohd ditayangkan 20 episod telah mengundang kecaman netizen disebabkan terdapat beberapa kesilapan yang jelas pada skrin TV. Sebelum ini, terdapat beberapa babak yang dipertikaikan penonton termasuk perbualan telefon pelakon Syafiq Kyle mengenai sebut harga perniagaan hingga cecah RM35.9 billion.

Terbaru, netizen pula kantoikan setting lokasi hospital yang hanya menjalankan penggambaran di Kuala Terengganu, bukan di Indonesia. Malah, ending drama ini turut dikritik hebat netizen. Bagaimanapun, Ejump Mohd selaku pengarah drama Bukan Cinta Aku tampil mengakui kesilapan dan jelaskan hal sebenar.

Pernah dikritik

Drama ini pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dialog yang dilontarkan pelakon Syafiq Kyle ketika mengendalikan projek berjumlah RMRM35.9 billion dikatakan tidak logik dan realistik. Malah, rata-rata menyifatkan tidak masuk akal kerana sejumlah wang sedemikian hanya dibincangkan menerusi telefon sahaja. Ramai mempersoalkan terhadap kualiti drama Melayu yang dihasilkan.

Kantoi lokasi pula

Selain itu, babak yang memperlihatkan Syafiq Kyle dan Janna Nick menghantar Baim Wong ke sebuah hospital kononnya berada di Indonesia tetapi rupa-rupanya hanya dilakonkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu. Perkara itu disedari apabila netizen terlihat poster di dinding tertera tulisan ‘Hospital Pakar Kuala Terengganu’.

Tiada kesilapan yang disengajakan

Bagaimanapun, pengarah drama ini, Ejump Mohd enggan mengulas lanjut mengenai kesilapan dan kecuaian yang dilakukannya itu.

Saya akui memang ada lakukan kesilapan dan untuk semua kesilapan-kesilapan yang dilakukan itu memang tidak disengajanya. Tiada kesilapan yang disengajakan. Sebenarnya, buat masa ini saya tak nak beri sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Benda itu pun dah lepas, biarlah ia berlalu.

Mengenai penghujung cerita drama itu, sebenarnya ia memang mengikut naskah yang ditulis Erma. Sebenarnya, segalanya telah terjawab di permulaan cerita.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×