Pelawak Shuib laku seperti ‘goreng pisang’ selepas sering dikaitkan dengan ramai wanita sejak pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ogos tahun lalu.
Adik kepada penyanyi Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi turut dikaitkan dengan bapa kepada empat orang anak itu.
Tiada angin tiada ribut..
Bertemu empat mata dengan empunya badan, OhBulan! langsung bertanya tentang khabar angin itu. Akui terkejut, Hazwani berkata mereka tidak pernah berhubung dan berjumpa.
Kata Hazwani, 26, dia hanya sekadar mengenali Shuib sebagai selebriti jauh sekali ke arah peribadi.
Terkejut macam mana wujud gosip itu..memang tak benar sama sekali. Rasanya Shuib pun terkejut agaknya sebab kami memang tak pernah berjumpa, tak pernah berhubung dan tak pernah ada urusan.
Semasa saya dapat tahu berita ini saya baru balik kelas, ada orang tag di Instagram.. tertanya bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni? Terkejut tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tak betul.
Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja, tak kenal secara peribadi.
Hazwani ditemui semasa pelancaran filem Road To Heaven yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ampang, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Tapis dulu gosip
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hazwani Afiqah Helmi mengingatkan kepada netizen untuk memastikan kesahihan berita terlebih dahulu sebelum sebar di sosial media.
Tak tahulah orang reka cerita ke apa cerita itu.. zaman sekarang ni apa-apa gosip kena tapis dulu.
Perjalanan saya pun jauh lagi, sekarang ni pun tengah tunggu majlis konvokesyen untuk pengajian sarjana muda bidang psikologi. Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pihak.
Filem Road To Heaven terbitan AIMC ini mengisahkan mengenai dua beradik yang aktif menyertai misi bantuan kemanusiaan dan akan menjalani penggambaran di Palestin.
Selain Hazwani, filem arahan Nizam Zakaria ini turut dibintangi oleh kakaknya iaitu Heliza Helmi dan Josiah Lim.
Sumber: Instagram @hazwanihelmi