berita

Kena Kecam Sebab ‘Try Hard’ Di Vokal Mania, Nuha Bahrin Mohon Maaf & Janji Perbaiki Kelemahan Diri

November 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara persembahan terlalu keterlaluan dan kurang kemas ketika bertanding di rancangan realiti Vokal Mania, penyanyi baharu iaitu Nuha Bahrin, menjadi bualan netizen.

Artikel berkaitan: Try Hard Cuba Pelbagai Teknik Nyanyian, Nuha Bahrin Dikecam Dalam Vokal Mania

Terbaru, Nuha memberitahu bahawa dia sedia tahu akan prestasi persembahannya dan memohon maaf kepada penonton.

I’ll do better next time

Di Twitter, Nuha telah memberikan respon mengenai apa yang berlaku. Menurutnya, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut sangat teruk. Oleh itu, Nuha memohon maaf kepada semua penonton yang menyaksikan persembahannya. Ujarnya lagi, dia berjanji akan melakukan persembahan yang lebih baik pada masa akan datang.

Di samping itu, Nuha berjanji akan memperbaiki segala kelemahan diri. Ucapan terima kasih buat para peminat yang mengundi dan memberi sokongan turut diucapkan oleh Nuha.

Just continue work hard

Meskipun menerima pelbagai kecaman dan komen negatif, segelintir netizen masih memberikan kata-kata semangat buat Nuha agar dia terus berusaha dan membuktikan yang dirinya mampu menjadi seorang penyanyi yang berjaya.

Sumber: Nuha Bahrin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×