berita

“Kena Marah Customer Perkara Biasa” – Ini Kisah Mekanik Wanita Yang Patut Dijadikan Inspirasi

May 9th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Setakat ini, jarang kita dengar wanita memonopoli tugas lelaki kan? Kalau ada pun seorang dua. Itu pun tugas mereka tak terlalu terdedah kepada umum. Apatah lagi tugas mekanik atau pengurus bengkel, biasanya lelaki yang buat kerja tu kan?

Tapi, baru-baru ni admin ada jumpa seorang mekanik dan pengurus bengkel wanita yang sudah berkecimpung lebih 20 tahun dalam dunia automotif. Tugas mencabar yang digalas itu membuktikan bahawa wanita bukanlah lemah, namun mampu bersaing dengan ketangkasan lelaki.

Pengurus Besar, G-Car Manufacturer Sdn Bhd (G-Car), Sazaimah Sai’on, 44, berkongsi kepayahan, cabaran dan kisah sebenar kenapa beliau memilih bidang ini dengan OHBULAN!. Kalau nak tau bagaimana sebenarnya tugas seorang pengurus bengkel, teruskan membaca!

Wajib pusing workshop 15 minit setiap hari

Setiap pagi, Sazaimah akan menghantar anak ke sekolah. Kemudian, breakfast sekejap untuk enjoy me time sebelum masuk kerja. Sampai workshop, dia akan pusing workshop 5-10 minit untuk tahu apa yang jadi sekitar workshop.

“Bila sampai workshop, saya akan brief team dalam 15 minit, recap balik tugas masing-masing, check peralatan dan barangan ganti apa nak kena cari, deal mana yang nak kena close dan bahagikan tugas antara pekerja-pekerja”

Tertarik dengan Formula 1 (F1)

Ditanya kenapa memilih untuk masuk ke bidang ini, Sazaimah berkata dia mahu keluar dari kebiasaan. Walaupun agak kekok mengendalikan mekanik lelaki, namun dia anggap ini semua sebagai satu cabaran.

“Sebelum mengambil keputusan ini, saya tanya mak saya dia ada kawan mekanik wanita ke? Sebab, dia sudah ada kawan doktor wanita dan cikgu wanita. Jawabnya, tiada. Jadi, saya sahut cabaran tu supaya satu hari nanti bila kereta mak saya rosak, dia tak perlu ke bengkel lain. Silap-silap kena tipu dan dipaksa tukar macam-macam oleh mekanik kat sana”

Selain itu, beliau juga berkongsi dia sangat tertarik dengan kereta Formula (F1) dan terfikir macam mana kereta tu boleh jalan lagi laju berbanding kereta lain. Maka, lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia mengambil kursus automotif di Pusat Latihan Perantis Mercedes-Benz Malaysia pada 1995.

Selepas itu, dia ditawarkan untuk bekerja dengan Mercedez-Benz selama dua tahun. Selepas tamat kontrak, Sazaimah kerap ‘bertukar angin’ dengan bekerja di Honda, Shell Malaysia serta PROTON, sebelum membuka bengkel berkonsepkan ‘Bengkel Butik’ pada 2016.

Pernah dilempar kunci & kata-kata kurang enak dengan pelanggan

Ibu kepada dua orang anak ini berkongsi, hampir kesemua pelanggannya adalah lelaki dan ramai juga antara mereka memandang rendah kebolehan dan kepakarannya. Katanya, sebenarnya tak semua lelaki boleh buat kerja lelaki dan tak semua tentang kereta mereka tahu.

Disebabkan keangkuhan pelanggan juga, beliau pernah dilemparkan kata-kata kurang enak dan sebagainya ketika menjalankan tugas. Namun, dia sering ingat kata-kata arwah ayahnya untuk selalu bersabar dan melepaskan tekanan kerja dengan pergi mendaki gunung, karaoke dan sebagainya.

“Saya selalu pesan dengan staff saya. Kereta memang selalu banyak masalah, manusia pun ada masalah. Jadi, mana nak selesaikan dulu, kereta punya masalah atau manusia? Kereta tak boleh cakap, manusia boleh cakap. Jadi, selesaikan masalah manusia dulu”

Selain itu, beliau banyak menghabiskan masa dengan anak dan kawan-kawan bagi melepaskan tekanan kerja. Ada kalanya, dia akan mendaki gunung bersama kawan-kawan, mengikuti konvoi motor besar, menonton wayang dengan anak dan sebagainya.

Kena tikam belakang, perkara paling tak boleh dilupakan

Bila ditanya apa antara perkara yang paling tak boleh dilupakan, kongsinya beliau pernah ditikam belakang oleh rakan dan juga bekas majikannya sendiri. Gara-gara arahan tak bertulis, dia kena warning dek perangai majikannya yang ‘cakap tak serupa bikin’ dengan majikan lebih tinggi.

“Saya selalu pesan dengan staff saya, pastikan setiap arahan bertulis disertakan bukti black and white supaya tiada salah faham di kemudian hari. Yelah, zaman sekarang ni orang sentiasa nak ambil kesempatan dan selamatkan diri sendiri”

Sentiasa mencuba untuk ukur kekuatan diri

Menggalas tugas lelaki sebagai mekanik dan pengurus workshop ini secara tak langsung menjadikan Sazaimah seorang #WaniTough. #WaniTough di sini bermaksud wanita yang cekal, tabah dan mampu membuktikan keupayaan dengan menggalas tanggungjawab yang berat.

Ditanya apa definisi #WaniTough buat dirinya, beliau berkata sebenarnya semangat itu ada dalam jiwa setiap wanita.

“Nak toreh getah pun kena tough, bangun pagi, siapkan sarapan, keluar rumah awal dan sebagainya. Nak melahirkan anak pun kena tough, kalau tak kuat semangat, tak boleh jugak. Setiap kerja ada cabarannya. Kalau you dapat harungi setiap cabaran, you are already tough

Sazaimah menasihati wanita di luar sana supaya sentiasa mencuba perkara baru. Kalau tidak, kita tidak tahu apa resultnya. Tapi, sebelum mencuba, pastikan buat homework dulu supaya tahu luar dalam bidang yang ingin dicuba.

“Jangan takut nak mencuba. Mencuba itu tak salah. Dari situ kita dapat tahu dan ukur kekuatan sebenar kita”

Raikan semangat #WaniTough melalui peraduan anjuran NESCAFÉ®

Bagi meraikan ibu-ibu di luar sana yang membuktikan kekuatan dan kebolehan mereka seiring orang lelaki, NESCAFÉ® Rose Latte mengadakan peraduan istimewa sempena Hari Ibu bagi menghargai pengorbanan #WaniTough yang menjadi inspirasi wanita di seluruh dunia.

Peraduan yang diadakan dari XX hingga XX [insert contest date] ini menjanjikan hadiah lumayan yang diidamkan semua orang di luar sana! Nak tau macam mana cara nak menang? Ikut langkah ni…

  1. Follow Instagram, Facebook dan Twitter OHBULAN!.
  2. Upload gambar korang bersama ibu dalam akaun Facebook, Twitter atau Instagram korang atau komen dekat POST INI cerita menarik yang boleh menginspirasikan wanita seluruh dunia tentang ibu korang bermula dengan “Saya calonkan ibu saya sebagai #Wanitough kerana…”
  3. Sertakan hashtag #WaniToughOhbulan & #NescafeRoseLatte. Jangan lupa tag OHBULAN! dekat gambar tu dan tag 2 kawan korang sekali.
  4. Pertandingan ni dibuka untuk perempuan dan juga lelaki, yang penting korang kena share kisah ibu korang dengan cara yang paling menarik dan kreatif!

Sedikit tips untuk korang menang besar, ambil gambar terbaru dengan ibu korang bersama air tin NESCAFÉ® Rose Latte. Lepastu, spam ruangan komen OHBULAN! dengan gambar korang banyak-banyak!

Tunggu apa lagi, jom share cerita-cerita #WaniTough yang menarik tentang ibu korang dekat ruangan komen posting OHBULAN! kat bawah ni atau dalam caption post korang dan jangan lupa hashtag #WaniToughOhbulan dan #NescafeRoseLatte tau!

https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/photos/a.325195784160502/2695269220486468

Good luck #WaniTough semua!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×