Sekadar gambar hiasan
Di Indonesia, seorang lelaki didakwa memukul isterinya serta menendang anaknya yang berusia tiga tahun pada Khamis yang lalu (20 Januari 2022).
Difahamkan, suspek bertindak sedemikian rupa berikutan berang dimarahi oleh wanita berkenaan selepas pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
Artikel Berkaitan: Hanya Dibenarkan Jumpa Anak Lepas 48 Hari & Pelbagai Alasan Diberi, Tindakan ‘Kejam’ Pengasuh Terbongkar Bila..
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Viral Video Kanak-Kanak OKU Didera, Wanita Warganegara Asing Ditahan Polis – ‘Satu Tindakan Tak Masuk Akal…’
Artikel Berkaitan: Bayi Dipercayai Didera Di Tempat Asuhan, Hasil X-Ray Nampak Kesan Retak – ‘Video CCTV Banyak Hilang…’
Pulang dalam keadaan mabuk
Foto: Kompas
Memetik laporan Kompas, mangsa dikatakan sempat merakam perbuatan suspek dan memuat naik di media sosial sebelum ianya tular.
Suspek berusia 32 tahun berasal dari wilayah Sulawesi Utara dikatakan marah berikutan ditegur oleh mangsa sebaik sahaja pulang ke rumah.
Insiden itu tercetus apabila suspek berasa berang kerana dimarahi isterinya selepas dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
Ketika kejadian pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) itu, mangsa merakam tindakan suspek dan memuat naik di akaun Facebook miliknya sejam kemudian.
Polis jalankan siasatan
Sekadar gambar hiasan
Ujar Ketua Perhubungan Awam Polis Sulawesi Utara, Komisioner Polis Jules Abraham selepas video tersebut viral, pihaknya menjalankan siasatan sekali gus berjaya menahan suspek pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) hari yang sama.
Suspek bagaimanapun, mengaku bersalah telah memukul isteri serta anaknya.
Suspek mengaku bahawa dia ada melempar sebuah telefon bimbit ke arah mangsa, membelasah dan menendang anaknya.
Dia (suspek) masih menjalani pemeriksaan di Balai Polis Sangihe dan dia ditangkap serta diambil keterangan.
Sumber: Kompas