berita

Kena ‘Scam’ Konon Buang Hantu Dalam Badan, Warga Emas Rugi RM2,000

March 21st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita warga emas mendakwa dirinya dipukau dan ditipu sebanyak RM2000 oleh beberapa orang individu yang kononnya boleh membuang hantu dalam badan wanita tersebut.

Artikel Berkaitan: Influencer Kena Scam Kerja, Daftar RM1 Lesap Lebih RM16,000

Artikel Berkaitan: Terpedaya Sindiket Kerja Sambilan, Wanita ‘Putih Mata’ Hilang Wang Simpanan Cecah 5 Angka

Upacara membuang hantu

Kejadian yang berlaku di Pasar Lama Bahau, Negeri Sembilan itu menyaksikan wanita warga emas tersebut telah didatangi oleh tiga individu wanita yang tidak dikenali dengan memberitahunya bahawa ada makhkuk halus sedang mengikutinya.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata pada awalnya semua suspek tidak meminta sebarang bayaran kepada mangsa setelah mendakwa boleh membuang hantu di dalam badan mangsa.

Mangsa kemudian bersetuju sebelum seorang suspek meminta mangsa pulang ke rumah mengambil wang dan barang kemas bagi upacara membuang hantu.

Beliau menjelas lanjut, mangsa tidak dibenarkan menoleh ke arah belakang dan diminta untuk terus pulang setelah menyerahkan wang tunai sebanyak RM1000, dua utas rantai leher, seutas gelang tangan dan dua bentuk cincin kepada suspek. Warga emas 69 tahun itu juga diberi dua botol air mineral dan sebungkus garam.

Setibanya di rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada anaknya setelah dia disoal tentang air dan garam tersebut. Anaknya yang menyedari akan hal itu memberitahu mangsa bahawa dia sebenarnya telah ditipu.

Susulan itu, siasatan lanjut telah dijalankan oleh pihak polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×