berita

Kenali Kazuyoshi Miura, Pemain Bola Berusia 53 Tahun Yang Masih Lincah Beraksi Di Liga Profesional

August 9th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Usia bukan menjadi penghalang untuk seseorang terus mengejar impiannya. Seperti pemain bola sepak iaitu Kazuyoshi Miura yang sudah berusia 53 tahun ini masih layak beraksi di atas padang dalam J. League YBC Levain Cup. Dengan skil dan aksi yang dipamerkan membuatkan pemain dari Jepun ini terus memberi saingan kepada pemain-pemain muda yang lain.

Pemain paling berusia

Kredit foto: All Rights Reserved @ Japan

Kazuyoshi Miura atau lebih dikenali sebagai King Kazu antara pemain bola sepak yang paling berusia beraksi di liga bola sepak terpenting di negara itu iaitu J. League YBC Levain Cup. Pemain yang dilahirkan pada 26 Februari 1967 ini berkhidmat di bawah pengurusan kelab Yokohama FC.

Pemain Jepun pertama terima anugerah

Kredit foto: All Rights Reserved @ Japan

Dia mula bermain bola sepak dalam pasukan kebangsaan negara Jepun dari tahun 1990 hingga 2000. King Kazu merupakan penerima anugerah Asian Footballer Of The Year pertama mewakili Jepun.

Sepanjang kariernya sebagai pemain bola, dia telah berkhidmat dengan beberapa kelab pengurusan yang lain termasuk Yomiuri (1990-1992), Verdy Kawasaki (1992-1994), Genoa (1994-1995), Croatia Zagreb (1998-1999), Kyoto Purple Sanga (1999-2000), Vissel Kobe (2001-2005), Yokohama FC (2005-2019).

Sertai banyak liga antarabangsa

Kredit foto: All Rights Reserved @ Japan

Selain itu, beliau juga banyak menyertai beberapa liga bola sepak antarabangsa yang lain termasuklah Dynasty Cup (1992), Afro-Asian Cup of Nations (1993), King Fahd Cup (1995) dan beberapa kelayakan bagi FIFA World Cup.

Aksi di atas padang

Kredit foto: All Rights Reserved @ Japan

Kredit foto: All Rights Reserved @ Japan

Kredit foto: All Rights Reserved @ Japan

Kredit foto: All Rights Reserved @ Japan

Masih lincah di atas padang

https://www.youtube.com/watch?v=uNSnG9ZS4ps

Video penuh berdurasi 10:53 ini yang dimuatnaik menerusi YouTube SVMM menyaksikan koleksi rakaman aksi lincah Kazuyoshi Miura. Petikan video-video tersebut diambil sejak pemain itu mula aktif dalam dunia bola sepak dan menyertai perlawanan di negara tersebut serta di peringkat antarabangsa.

Sumber: Japan Professional Football League, Kyodonews

SKIP THIS AD ×