berita

Kenali Malaysia Anda Melalui Saluran History

September 13th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Result

Anda fikir anda cukup mengenali Malaysia? Fikir semula. Ini kerana masih terdapat pelbagai sejarah dan rahsia negara ini yang tidak diketahui umum.

Berapa ramai antara anda yang tahu bahawa Stesen Keretapi KL dibina untuk menahan salji? Tahukah anda Malaysia merupakan tempat bagi serangan lipas yang terbesar di dunia? Dan pernahkah anda mendengar tentang jambatan gantung tertinggi yang terletak di Gunung Kinabalu?

OHBULAN! percaya anda terkejut membaca soalan-soalan di atas, kan? Jawapannya hanya akan diketahui jika anda menonton rancangan dokumentari terbaru berjudul 10 Things You Don’t Know About Malaysia di saluran History.

KUL Kuala Lumpur old train station_b

Rancangan ini merangkumi cerita aneh mengenai tempat-tempat ikonik di Malaysia tetapi menarik untuk diketahui.

Hos Ezra Said akan membawa anda menjelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan fakta-fakta yang terselindung melalui kisah sejarah, khazanah negara dan tokoh-tokoh tempatan.

Dokumentari menarik ini akan menemui penonton pada hari Isnin, 16 September 2013 jam 9 malam di saluran History dan History HD. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×