Pemergian anggota bomba, Muhammad Adib semalam dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja keluarga dan sahabat terdekat, orang awam turut berduka melihat insan yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Artikel berkaitan : Puisi Buat Arwah Adib..
Di Facebook, seorang lelaki berkongsi beberapa keping foto kenangan ketika bersama Allahyarham. Menurutnya, Allahyarham memberi layanan yang sungguh baik terhadap mereka sekeluarga.
Berehatlah
Betapa baiknya kamu terhadap kami
Semoga tenang Hero. Anak saya ada kenangan bersama kamu. Saya akan selamanya beritahu mereka betapa baiknya kamu melayan kami. Saya kehilangan kata-kata. Saya marah saya sedih. Kamu tak sepatutnya dilayan begini. Berehatlah. Melihat dia di dalam gambar ini. Bolehkah orang yang menyakiti bawa dia kembali. Dunia tidak adil.
Sumber : Prema Mathibalan