berita

‘Kenapa Abah Asif Selalu Pinjam Duit Dekat Syahmi?’ – IG Disekat, Syahmi Sazli Cabar Penjaga Asif

September 2nd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Ternyata persengketaan antara penjaga Asif dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli masih belum reda apabila akaun milik Asif telah menyekat akaun Instagram Syahmi. Walaupun, perselisihan faham ini sudah dijelaskan pihak penjaga Asif berkaitan sumber pendapatan pelakon Youtube itu, namun masih ada pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.

Kali ini, Syahmi Sazli pula tidak dapat tahan dan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku kepada Asif.

Bukan Syahmi atau Nissa jaga

Kalau tak ada Syahmi, tak ada diaorg

Sepatutnya lebih menghargai

Penjaga Asif dah block IG

Kenapa abah Asif selalu pinjam duit?

Takkan lari dari kebenaran

Ekoran dari perselisihan faham yang tercetus antara pihak penjaga Asif dan Syahmi Sazli, akaun Instagram Syahmi turut disekat oleh penjaga Asif. Syahmi juga memohon agar penjaga Asif tampil menceritakan kisah sebenar disebalik salah faham ini dan berharap persengketaan ini tidak dipanjangkan lagi.

Syahmi turut mendedahkan penjaga sekarang ini adalah bukan adik-beradik kandung kepada Asif. Malah, Asif hanya mempunyai 2 adik-beradik sahaja iaitu hanya dia dan adiknya.

Tambahan, dia turut mempersoalkan dimana wang hasil kerja Asif dan mengapa ayah Asif selalu meminjam duit kepada Syahmi setiap 3 minggu? Turut menjadi persoalan juga adalah di mana telefon bimbit yang dihadiahkan Syahmi kepada Asif?

Segala persoalan yang terpendam Syahmi ini membuatkan dia menuntut keadilan buat Asif terhadap apa yang telah diperlakukan penjaga Asif.

Sumber: Syahmi Sazli

SKIP THIS AD ×