Luahan tidak puas hati Anzalna terhadap Neelofa bukan satu cerita baru. Sebenarnya, saya sendiri pernah menerima aduan yang sama sejak setahun yang lalu. Namun, saya tak endahkan kerana tugas saya adalah membantu artis, tak kira baru atau lama mendapat publisiti secara baik, bukan sebaliknya.
Memetik kata-kata Anzalna menerusi BiPop, “Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.”
Ya, dan kita tahu bahawa pertelingkahan sudah bermula sejak 2 tahun yang lepas!
Bukannya saya menyebelahi mana-mana pihak, cuma saya meragui adakah ayat ‘Takut dilabel bermulut jahat’ boleh diterima pakai lagi.
Pada saya, Anzalna seorang artis yang bijak. Berbekalkan wajah yang cantik serta bakat lakonan yang boleh dikatakan baik, saya mempunyai tanggapan bahawa artis ini mampu kekal lama dan bertahan dalam industri. Namun, tanggapan saya kini sudah bertukar sama sekali.
Akibatnya, saya pasti Neelofa tak akan mendiamkan diri dan kini terdengar ura-ura bahawa dia akan membawa Anzalna ke muka pengadilan.
Saya akui, kontroversi memang menaikkan nama artis. Tapi, sekiranya kontroversi ini bakal membawa artis itu menghadap muka pak lawyer dan pak hakim, tak bagus juga kan?
Kepada Anzalna, awak rakan saya. Dan saya patut tegur awak dengan cara ini. Harap awak terima teguran ini dengan baik. Cheers!