berita

‘Kenapa Hanya Kakinya Bernanah?’ Didakwa Guna Air Kotor, Penerbit Mahu Saman Farid Kamil

January 25th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Semalam Dato’ Farid Kamil dikatakan membuat laporan polis namun perkara itu kemudiannya dinafikan Polis Selangor. Difahamkan, Farid sebenarnya membuat laporan polis bagi memberi kebenaran kepada adiknya, Anis Anwar Zahari untuk masuk ke kediaman di Damansara untuk mengambil barang peribadinya di sana.

Namun, ada juga perkhabaran mengatakan laporan Farid itu dibuat bagi membela nasib dirinya ke atas satu pihak produksi sehingga membuatkan dirinya tercedera ketika penggambaran.

Penerbit tak teragak saman Farid

Penerbit dan penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Semail Lafazkan Kalimah Cintamu mengatakan dia tidak teragak-agak untuk membuat tuntutan saman kepada Farid Kamil yang didakwa melanggar syarat ketika penggambaran drama itu.

Dakwa Siti Rosmizah, masalah disiplin ditunjukkan Farid menyebabkan produksi arahan Along Kamaludin dan Jalena Rejab itu mengalami kerugian ketika penggambaran.

Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran. Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.

Jika benar dia ingin saman saya, saya pun ingin menuntut kerugian kerana masalah yang ditimbulkan olehnya.

Guna air terjun bukan air kotor

Tambah Siti Rosmizah lagi, pihaknya menggunakan khidmat bomba dan air digunakan pula air terjun, bukan seperti dakwaan Farid. Soalnya lagi, kenapa hanya kaki aktor itu sahaja yang bernanah walaupun satu badannya terkena hujan palsu berkenaan.

Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu. Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa.

Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya dimaklumkan, kaki kanan Farid sudah mengalami gatal-gatal sebelum itu lagi.

Sedang kumpul bukti yang ada

Selain isu air kotor, Farid juga mendakwa keselamatannya juga terabai ketika penggambaran drama berkenaan.

Sebenarnya tilam disediakan untuk adegan yang memerlukan Farid jatuh, jadi bagaimana pula boleh membahayakan nyawa? Mungkin saya baru lagi sebagai penerbit, namun saya guna dua pengarah yang sudah lama berkecimpung dalam bidang pengarahan.

Saya tidak mahu memanjangkan isu ini dengan terus membuat kenyataan balas. Jika benar Farid ingin saman, saya sudah bersedia. Saya mempunyai latar belakang sebagai peguam, jadi saya sudah mengumpul segala bukti yang ada.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×