berita

Kenapa LGBT Boleh Terima Zakat? Ini Respon Mufti Selangor

September 6th, 2018 | by faris
Kini Trending

Minggu ini laman sosial tempatan meledak dengan isu sebat pasangan lesbian di Terengganu. Pelbagai pihak melontarkan pandangan masing-masing mengenai hal itu. Rata-ratanya menyokong tindakan itu namun tidak kurang juga yang menentang.

Masih berkait dengan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), berlegar di laman sosial screenshot dari Buletin Utama yang mengundang kemarahan netizen berkenaan isu ini apabila wang zakat dikatakan layak untuk golongan berkenaan.

10 golongan songsang layak terima zakat

Petikan dari program berita itu yang menyenaraikan ’10 golongan songsang layak menerima zakat’. Antaranya adalah pelacur, lesbian, gay, mak nyah dan gigolo. Seperti dijangka, netizen terus menyatakan bantahan dan ‘mengamuk’ dengan berita itu.

Ini respon Lembaga Zakat Selangor

https://www.facebook.com/zakatselangor/videos/291231251470134/

Lembaga Zakat Selangor menerusi Facebooknya menerangkan zakat Al-Riqab kini boleh dipohon oleh 10 golongan tersenarai melalui badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi mereka menjalankan tugas memulihkan asnaf al Riqab menjalani kehidupan normal.

Kenyataan Mufti Selangor

Manakala Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menerusi laman web Jabatan Mufti menerangkan hal yang sama. Zakat berkenaan disalurkan sebagai tanda kebajikan dan kasih sayang Islam terhadap golongan yang disasarkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 4 Mei 2012 telah memutuskan Fatwa Jenis Penerima Zakat Asnaf Al Riqab Negeri Selangor adalah termasuk 10 golongan berkenaan.

Bantuan hanya untuk mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan, bertaubat dan menjalani sesi pemulihan. Bantuan pula diberikan melalui institusi, NGO dan pusat yang menjalankan usaha pemulihan serta diiktiraf Majlis agama Islam Selangor.

Sumber: Mufti Selangor, Lembaga Zakat Selangor,

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×