berita

‘Kenapa Macam Itu Doanya Dik’ – Siti Nurhaliza Terkejut Ada Individu Doa Minta ‘Pancit’ 10 Kali Ketika Buat Persembahan

January 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, seorang individu dilihat mendoakan sesuatu perkara yang tidak baik berlaku terhadap penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Munbe Vaa’ Versi Siti Nurhaliza Dapat ‘Standing Ovation’ 60,000 Penonton Konsert A.R Rahman

Doa Tokti pancit

Menurut individu tersebut, dia berharap Tokti akan ‘pancit’ ketika melakukan persembahan di konsert A. R Rahman ‘Secret of Success’ Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Berikutan daripada tweet tersebut, Tokti dilihat memuat naik satu ciapan berbentuk teguran kepada individu berkenaan.

MasyaAllah. Kenapa macam tu doanya dik. Alhamdullillah, Allah swt permudahkan persembahan saya. Mungkin adik dah kena tukar gambar profile tu kot sebab cara penulisan tu sesuatu. Ini yang kadang-kadang saya pesan kepada sitizoners tulen. Kita kena selalu hormat menghormati dan beradab.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! rata-rata peminat Tokti meluahkan rasa geram apabila individu tersebut berdoa sedemikian. Ujar peminat Tokti, penyanyi kesayangan mereka sudah melakukan persembahan yang memukau dan berjaya menerima tepukan berdiri (standing ovation) daripada penonton yang hadir.

Sumber: Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×