berita

‘Kenapa & Mengapa Didedahkan Tape Ini. Apa Motifnya?’ – Najib Razak

January 9th, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Rakaman audio yang didakwa melibatkan bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak bersama 19 lagi nama individu telah didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun terkejut dengan tindakan sidang media yang telah dilakukan Latheefa Koya.

Datuk Seri Najib Razak menerusi laman Facebook tampil memberi respon terhadap kesembilan klip rakaman audio yang telah diperdengarkan ramai.

Kenyataan dari Najib Razak

https://www.facebook.com/najibrazak/videos/774576803047912/?__xts__[0]=68.ARBNw6vUqAhx9ainFEUy1LiKAOjlvWiu7YKNXECj8tssaGinBKfHbhBfWKoU711STvIaLtlXw9zQki4rjlzzGGm4Tsl8-2j2gRlhTbHkr1EVj1wxGTWcgKTFu28frKS88FKutNY603EcQ2k-Jfhlx57mZ3LMV51LKG1iMXT71OmAQ0MyVk_t-RhX5E0wQkzMruEu-Y3WCFqFcxWk8EkB3bEhoosR5yiyIG-14Sr8oxoyu7MgHAWdhwI6xAhe-Ijw3UBe9uNnzR816SQjt0C-j_DF6ZoLMFBZswUMSC4c3wARzxxAZFLXh-t4xSGo8RIN7vD0vvOXNMxRIRToRxR657pRb8EIK0SI&__tn__=-R

Mantan Perdana Menteri ini memberi respon ringkas terhadap beberapa persoalan melibatkan pendedahan rakaman audio perbualan di telefon miliknya. Malah, dia menegaskan akan mengkaji terlebih dahulu mengenai etika dan undang-undang terhadap tindakan SPRM itu.

Ini satu kenyataan atau pendedahan yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara kita. Ini boleh memberi kesan kepada hubungan diplomatik kepada Malaysia dan negara lain. Kenapa dan mengapa didedahkan tape ini, pada saat ini? Ini telah berlaku pada 5 tahun dahulu. Apakah motifnya?

Datuk Seri Najib turut menafikan perbualan telefon bersama isteri, Datin Seri Rosmah disifatkan meninggi suara sehingga rakaman itu menjadi perhatian ramai.

Tak ada dimarahi. Tak ada. Conversation between my wife and I, private. You pun bersembang dengan wife you, kan? (ditujukan kepada wartawan). Discuss apa pun, as long as kita tak bocorkan kepada khalayak ramai. Semua boleh bagi pandangan, tak ada masalah tapi saya yang buat keputusan.

Ketua SPRM ini telah memfitnah saya

Kenapa SPRM dedahkan rakaman yang dibuat secara haram, tidak sah, tiada rule of law? Kenapa rakaman yang tidak diketahui sumber dan belum disahkan kandungannya, rakaman yang melibatkan pemimpin tertinggi serta kerabat raja negara asing dan rakaman untuk kes yang bukan di bawah bidang kuasa SPRM tetapi PDRM?

Dan kenapa SPRM menghina mahkamah semasa kes 1MDB sedang dibicarakan? Apakah SPRM kini sudah menjadi mahkamah? Sebenarnya, pendedahan SPRM hari ini membantu kes mahkamah saya kerana ianya membuktikan bahawa saya tak membohong selama ini.

Ini adalah rumusan dari transkrip. Pertama, ianya cubaan untuk menyelesaikan masalah 1MDB dengan cara baik untuk kebaikan kedua-dua negara yang terlibat.

Kedua ialah kes ini dikaitkan dengan beberapa individu yang sangat dekat dengan pemimpin negara Abu Dhabi. Pengerusi IPIC, Sheikh Mansour serta Putera Abu Dhabi pernah memberitahu mereka akan melabur dalam projek-projek filem Riza Aziz dan ini disahkan sendiri melalui perbualan itu.

Saya dan Riza Aziz pada ketika itu tidak tahu asal-usul sumber wang yang diterima oleh Riza dan percaya dana itu tiada masalah kerana ianya telah diluluskan oleh bank penerima. Riza Aziz pernah bayar balik sebahagian dari dana yang diterimanya sebagai pelaburan.

Sebenarnya, ketua SPRM ini telah memfitnah saya dengan berkata ini adalah cover up atau konspirasi jenayah tertinggi untuk cover up.

Kesalahan yang serius

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan tindakan SPRM dan Latheefa Koya disifatkan menghina mahkamah. Malah, tindakan undang-undang juga akan diambil.

Biasanya bila kita dapat bukti, kita akan buat laporan polis dan SPRM, kemudian buat siasatan secara sulit. Paling teruk, Latheefa yang berpengalaman dalam perundangan bersama agensinya mendedahkan bukti secara umum. Pada saya, ia adalah satu kesalahan yang serius.

Sumber: Najib Razak, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×