berita

Kenapa Nak Selfie Kalau Dah Berniqab? – Teguran Syeikh Untuk Niqabis

June 20th, 2016 | by Ai
Kini Trending

niaqbiselfie1.1

Isu niqab (purdah) ni dah banyak kali diviralkan. Memang tak salah nak berniqab, dengan niat nak jaga diri dan elak fitnah. Ada sesetengah NGO yang membantu dan memperkenal niqab kepada wanita muslimah untuk dijadikan sebagai pakaian harian. Baguslah tu, menjaga kehormatan diri dalam masa yang sama mengelak dari fitnah.

Soalnya sekarang, kalau dah berniqab kenapa masih nak berselfie? Ambil gambar sesama niqabis pastu post kat FB? Dah kalau tujuan berniqab tu untuk mengelakkan diri dari jadi tontonan umum, kenapa masih nak post ala-ala Islamik? Kan?

Buka fitnah

niqab4

(sekadar gambar hiasan)

Ada perempuan di zaman ini sudah ramai yang pakai niqab. Bagus tak jadi masalah. Itu boleh elak fitnah. Datang duduk dalam majlis ilmu, tutup semua diri mereka yg boleh mendatangkan fitnah. Bagus ..

Yang menjadi penyakit di zaman ini adalah perempuan itu sendiri yang membuka fitnah kepada khalayak ramai. Sebagai contohnya berniqab tutup habis semua, tapi bila ke majlis ilmu atau pasar ke apa, mengambil gambar (selfie) dan tunjuk mata untuk semua.

Selfie bersama syeikh

niqabbbb

(sekadar gambar hiasan)

Bukan ini prinsip untuk elak fitnah, malah mereka ini sendiri yang membawa diri mereka untuk difitnah. Untuk apa dipertontonkan? Untuk dipuji?

Ada satu hari, saya pernah didatangi oleh beberapa perempuan yang berniqab sesudah selesai majlis, lalu mereka itu meminta untuk mengambil gambar bersama dengan saya. Saya berkata kepada mereka untuk apa mengambil gambar dengan keadaan kamu semua sebegini (yakni sedang berniqab), adakah untuk dipertontonkan ? ..

Ubati dengan ilmu

niqab2.1

(sekadar gambar hiasan)

Ubat untuk penyakit sebegini adalah pada diri manusia itu sendiri . Sekiranya mereka berilmu , mereka tidak membawa diri mereka ke jalan yang boleh mendatangkan fitnah ke atas diri mereka sendiri . ” ?

– Murobbi Syeikh Abdullah Al Jahaf –

Dalam tak sedar, para niqabis ni boleh menyebabkan fitnah dalam kalangan masyarakat sebab kes macam ni. Sebab tu kalau nak apply sesuatu berkenaan agama, kena selidik habis-habis. Bukan main ikut trend je, geng.

Sumber: Facebook Muhammad Hatin Yusof

SKIP THIS AD ×