berita

‘Kenapa Pian Mati!’ – Netizen Persoal Penamat ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’, Ada Sambungan?

March 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah ke udara selama 15 episod di slot Samarinda TV3, drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ arahan sutradara Shuhaimi Lua ini telah melabuhkan tirainya semalam.

Artikel berkaitan:‘Penat Je Berlakon, Lepas Itu Kena Delete’ – Sharifah Sakinah Kecewa Adegan Seram Dipotong

Artikel berkaitan:‘Kalau Betul Awak Cintakan Saya, Jilat Tapak Kaki Saya’ – Penonton Geram, Makin Meluat Dengan Laila

Menampilkan plot cerita yang sangat menarik lebih-lebih lagi ‘mengetengahkan’ isu pemakaian susuk, rata-rata netizen mendakwa episod akhir drama ini tidak memberi kepuasan kepada mereka. Malah, mereka berharap akan ada episod sambungan selepas ini.

Kenapa Pian dan Laila mati

Dalam episod semalam, Laila (Sharifah Sakinah) dipercayai telah mengandungkan anak Eizlan (Adi Putra). Oleh kerana masih cinta dan sayang terhadap Eizlan, Laila sanggup mengikut arahan Embun (Lana Nodin) untuk menggugurkan kandungan tersebut. Menurut Embun, Laila bakal mendapatkan Eizlan semula sekiranya dia tidak hamil. Namun siapa sangka, nasihat tersebut telah mengundang padah buat Laila. Ini kerana, dia telah meninggal dunia selepas melakukan proses keguguran tersebut.

Embun juga cuba untuk membunuh Raihani (Nadia Brian). Dia telah menghantar gangguan makhluk halus supaya Raihani meninggal dunia. Semasa Raihani dirasuk, Pian (Atiq Azman) dan Eizlan cuba untuk membantu dan menyelamatkannya. Namun begitu, Raihani telah membunuh Pian dalam keadaan tidak sedar. Walaupun kesudahan drama tersebut menunjukkan Raihani bahagia bersama Eizlan dan anak-anak, netizen menganggap plot drama tersebut seharusnya mempunyai kesinambungan yang lebih menarik. Mereka turut berharap drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini akan ada bahagian kedua pula.

Sakit hati

Kenapa ending menyakitkan hati?

Tolonglah bagitahu drama ini ada lagi sambungan dia.

Kenapa Pian pula yang mati? Boleh pula Raihani hidup bahagia lepas bunuh.

Di Twitter, rata-rata netizen meluahkan perasaan sakit hati sebaik sahaja melihat episod akhir drama tersebut. Ujar netizen, mereka berharap watak Laila dan Pian dapat dihidupkan semula sekiranya drama ini mempunyai bahagian kedua.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×