berita

“Kenapa Tak Buat Di Sepang? Menyusahkan! – Netizen Bantah Penutupan Jalan Sempena KL GP

August 6th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

kl-city-grand-prix

Mulai esok sehingga hari Ahad nanti merupakan hari yang agak meruncingkan kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang  kerana 5 jalan utama di ibu kota tersebut akan ditutup sempena Kuala Lumpur City Grand Prix (KL GP) 2015.

Lima jalan utama itu adalah Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee. Kelima-lima jalan ini akan ditutup bermula pada pukul 7.30am hingga 6 petang sepanjang acara itu berlangsung.

Penutupan jalan itu tidak dipersetujui oleh netizen kerana kesesakkan akan bertambah teruk.

“KL Tu Dah La Sesak, Menyusahkan!”

KLGP-1 KLGP-2 KLGP-3 KLGP-4 KLGP-5 KLGP-6

Atas tindakan itu, ramai yang menyalahkan pihak penganjur kerana memilih tempat yang tidak strategik ekoran dengan keadaan jalan yang sesak dan sempit. Selain itu, ramai yang mencdangkan untuk hanya dilakukan di Sepang sahaja.

“Kenapa Tak Buat Di Sepang”

KLGP-6 KLGP-7 KLGP-8 KLGP-9 KLGP-10 KLGP-11

Jadi, orang ramai harus bersedia jika ingin memulakan perjalanan yang melibatkan kelima-lima jalan ini dan orang ramai disarankan untuk menggunakan monorail dan LRT yang berdekatan.

Sumber: Paul Tan Automotive’s News

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×