berita

Kenapa Takut Dengan Persaingan? – Pemenang Anugerah FFM Pulangkan Trofi Dalam Plastik Hitam Tanda Protes

August 10th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

mnoor1.1

Isu boikot FFM28 ni dah jadi makin rancak dan merebak. Bermula dengan tindakan Datuk Yusof Haslam meminta Afdlin Shauki menjaga sensitiviti identiti kebangsaan, selepas itu pula dibalas oleh Afdlin Shauki yang mempertahankan kenyataannya. Afdlin disokong oleh dua tokoh korporat negara iaitu Nazir Razak & Tony Fernandes. Kemudian, tampil pulak Mat London mengecam kesemuanya sekali.

Kali ini, giliran pemenang kategori “sinematografi terbaik” bagi filem-filem “Setem” dan “Hikayat Merong Mahawangsa”, Mohd Noor Kassim meneruskan niat membantah FFM28 dengan memulangkan piala kejayaan yang dianugerahkan kepadanya dalam plastik hitam! Apa kes ni bro?

Pengasingan kategori filem terbaik

Selain memulangkan semula trofi kemenangannya, Mohd Noor juga menarik diri daripada pencalonan dalam kategori “sinematografi terbaik” FFM ke-28. Walaupun sudah dijelaskan alasan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) selama dua jam malam tadi, tapi masih tak dapat nak ubah pendirian pengarah sinematografi tersohor itu.

“Saya masih lagi tidak puas hati kerana kita orang Malaysia. Mengapa mahu pengasingan? Saya orang Melayu tetapi saya cakap, nampaknya orang Melayu takut bersaing dengan bangsa lain. Saya malu sebagai orang Melayu. Kenapa kita takut dengan persaingan sihat? Kenapa hendak bezakan Cina dan India? Dalam filem, bahasa yang penting adalah bahasa filem itu sendiri.”

Mesti amalkan dasar keterbukaan

mnoor1

Presiden PFM Datuk Yusof Haslam, Ketua Pengarah FINAS Datuk Kamil Othman dan Panchacharam Nallilah (Pansha) adalah panelis yang menjelaskan kemelut yang melanda susulan pengasingan kategori filem oleh FFM28 di dalam sebuah sesi soal jawab ‘Tanya FINAS 2.0’ tapi Mohd Noor nampaknya masih tak setuju.

“Ini semua mengarut. Ini semua politik. Lagi empat tahun kita hendak jadi negara maju tetapi pemikiran kita masih lagi ke belakang. Kita mesti amal dasar keterbukaan. Status Bumiputera kita pegang tetapi tidak payahlah dengan status itu kita nafi karya orang lain yang lebih bagus. Itu semua ada kepentingan. Mungkin ada yang memohon dana, mohon itu dan ini. Bagi dia, hendak menyelamatkan diri dia; bukan hendak menyelamatkan industri dan keperluan negara,”

Sumber: The MalayMail Online

SKIP THIS AD ×