berita

‘Kenapa Tidak Salahkan Orang Lain Yang Turut Ketawa?’ – Nabil Ahmad

September 20th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad sememangnya mempunyai stail serta spontan sendiri untuk melontarkan komedi buat hiburan penonton. Baru-baru ini, gimik hantu langsuir dalam set rancangan terbitan Astro itu telah mengundang rasa seram dan terkejut pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa.

Video itu turut memaparkan Nabil Ahmad mengarahkan ‘hantu’ pergi kepada kumpulan Caliph Busker, pemuzik iringan rancangan. Rata-rata netizen menganggap lawak pengacara ini keterlaluan dan kurang ajar. Susulan dari isu itu, Ini respon Nabil Ahmad.

Gimik

https://www.instagram.com/p/Bn5Hwk6gxg4/?taken-by=meletop

‘Bawa dia ke Caliph Busker’

https://www.instagram.com/p/Bn7mE3oA6fV/?taken-by=memespuaka

Lawak bodoh

Antara komen dan pandangan netizen terhadap tindakan pengacara Nabil Ahmad menerusi rancangan tersebut, tempoh hari. Video ini diambil dari Instagram memespuaka dan mendapat 32 ribu tontonan dan 372 komen. Video ini memaparkan tindakan Nabil Ahmad menyuruh ‘hantu langsuir’ itu duduk bersama kumpulan Caliph Busker.

Itu hanya bergurau

Menurut Nabil Ahmad, tindakannya itu hanya untuk bergurau bukan satu penghinaan terhadap kekurangan kumpulan Caliph Busker. Malah, pengacara rancangan ini telah lama bekerjasama dengan kumpulan itu dalam rancangan yang sama selama enam tahun. Jadi, mereka sudah memahami antara satu sama lain.

Ayat ‘bawa dia kat Caliph Buskers, diorang tak tau‘ bukan bertujuan untuk menghina mereka. Ia hanya gurauan yang disalah anggap segelintir pihak.

Caliph Buskers sudah bersama saya dan program ini selama enam tahun. Jadi kami sudah biasa dan faham cara kerja masing-masing.

Sekurangnya mereka tahu apa yang berlaku

Memandangkan mereka sebahagian daripada program ini, jadi saya kena gunakan mereka juga. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang berlaku di set. Bagi saya, tidak ada apa yang salah pada ayat itu.

Hanya mereka yang berfikir negatif dan kebudak-budakan saja menganggap ia keterlaluan. Lagi satu, kenapa tidak salahkan orang lain yang turut ketawa?

Saya menganggap ini sebahagian daripada promosi filem ini yang mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula hari ini. Kalau betul nak tularkan, kenapa bukan kelmarin atau semalam? Sebab selalunya begitu.

Sumber: Meletop, Metro, Memepuaka

SKIP THIS AD ×