berita

Kenderaan Asing Dengan Saman Tertunggak Dilarang Memasuki Singapura Mulai Hari Ini

April 1st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Singapura telah melaksanakan larangan kemasukan bagi mana-mana kenderaan asing yang memiliki saman tertunggak termasuk Malaysia, bermula hari ini. Ia berikutan kes saman trafik yang masih belum dilunaskan oleh pemandu kenderaan asing terhadap negara berkenaan.

Menerusi Kosmo, hampir 60 ribu kenderaan asing memasuki negara berkenaan setiap hari. Melalui jumlah tersebut, sebanyak 400 ribu saman telah dikeluarkan pihak berkuasa Singapura kepada pemilik kenderaan asing yang melibatkan sejumlah RM96 juta.

Perbincangan akan diadakan

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan akan mendapatkan penjelasan mengenai isu larangan tersebut ketika sesi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 8 April ini.

Itu (larangan) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Singapura. Jika mereka mengambil pendekatan itu, ia di bawah kuasa mereka. Bagaimanapun, hal ini akan kita bincangkan ketika pemukiman antara kedua-dua kerajaan. Kita akan bangkitkan perkara itu nanti.

Mengenakan larangan yang sama

Malaysia juga akan mengenakan larangan yang sama, di mana tindakan menyekat kemasukan kenderaan asing yang masih miliki saman tertunggak akan dilaksanakan apabila sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di pintu masuk sempadan negara mula dijalankan. Fasa pertama perlaksanaan tersebut bermula di sempadan Malaysia-Singapura, manakala fasa kedua pula melibatkan sempadan Malaysia-Thailand.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×