Kemelut rumah tangga yang melanda penyanyi, Datuk ND Lala dan isteri, Datin Fauziah Sarman terus diperkatakan sehingga hari ini.
Artikel Berkaitan: ‘Sering Tidur Di Rumah & Lebih Rapat Dengan Mak’ – Shila Amzah Nafi Siti Munirah Rakan Baik
Artikel Berkaitan: Syada Amzah Nafi Ibu Failkan Perceraian
Artikel Berkaitan: Terima Kifarah Sebab Pernah Mengata Sharnaaz Ahmad? Syada Amzah Bidas Dakwaan Netizen
Malah, orang ramai masih tertanya mengenai status hubungan pasangan itu selepas Fauziah bertindak mendedahkan wajah seorang wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani yang dipercayai ‘penyondol’ di dalam perkahwinannya.
Susulan pendedahan itu juga, Fauziah dilihat sering berkongsi mengenai luahan isi hatinya yang seakan kecewa dan sedih di laman Instagram miliknya.
Jangan buat muka sedih
Terbaharu, ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, sesiapa sahaja yang bertemu dengannya ketika berada di luar, dia menasihati agar mereka tidak menunjukkan reaksi wajah yang sedih. Ini kerana, dia akan mengalirkan air mata seandainya melihat wajah orang disekelilingnya tidak ceria.
Pada keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa di luar sana yang mengenali saya. Kalau terjumpa saya tolong jangan buat muka sedih. Kalau saya nampak muka sedih kalian saya akan nangis.
Sedekahkan saya senyuman paling manis, saya akan senyum pada anda.
Fauziah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories (IG Story) miliknya pada Khamis.
Terdahulu, kecoh apabila ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dilihat hadir ke mahkamah, dipercayai bagi memfailkan perceraian. Bagaimanapun, hal itu dinafikan oleh anak bongsunya, Syada Amzah.
Sebelum ini, nama ND Lala dikaitkan dengan dakwaan kononnya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita lain dan difahamkan wanita tersebut merupakan rakan kepada Shila semasa dibangku sekolah.
Sumber: Instagram