Penyanyi, Shila Amzah, 33, menafikan wanita bernama Siti Munirah yang didakwa isteri baru bapanya, ND Lala itu adalah rakan baiknya.
Artikel berkaitan: ‘Akan Ada Selalu Waktu Yang Dirindukan, Namun Tidak Dapat Terulang Kembali’ – Isteri ND Lala
Artikel berkaitan: ‘Jika Sekiranya Diam Itu Bijak, Lakukanlah’ – Status Ibu Shila Amzah Timbul Tanda Tanya
Artikel berkaitan: Netizen Petik Nama ND Lala, Tapi Isteri Kongsi Foto Bersama Sempena Anniversary?
Artikel berkaitan: Nafi Dakwaan Tinggal Sebumbung, Ubai Gembira Dapat Restu Keluarga – ‘Saya Dah Jumpa Mak & Ayah Dia’
Tidak layak diberi gelaran rakan baik
Menerusi laporan Harian Metro, Shila berkata wanita tersebut tidak layak diberikan ‘gelaran’ rakan baik meskipun mereka pernah mengenali antara satu sama lain ketika zaman persekolahan.
Sudah tentu saya mengenalinya. Pada saya, tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu. Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya. Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci. Saya rasa dia tidak layak menerima apa saja rasa daripada saya.
Tambah Shila, mereka pernah berkawan rapat dan Siti Munirah sering tidur di rumahnya.
Dia selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya. Apabila dewasa pula kami memang sudah tidak begitu rapat kerana dia seorang yang suka menghilangkan diri.
Saya anggap kami tiada persefahaman saja. Namun, dia lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya.
Sumber: Harian Metro