berita

Polis Dedah Pelawak Terkenal Jadi Penghantar Pekerja Seks Ke Hotel Selepas Ditempah Melalui WhatsApp

August 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Semalam, media melaporkan seorang pelawak terkenal berusia dalam lingkungan 40-an, telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis selepas didakwa terlibat dalam kes pemerdagangan manusia.

Artikel Berkaitan: Pelawak Terkenal Disyaki Jadi ‘Bapa Ayam’ Dibebas Dengan Jaminan Polis

Artikel Berkaitan: Pelawak Terkenal Ditahan Reman Kes Pemerdagangan Manusia

Artikel Berkaitan: ‘Gilalah Siapa Yang Petik Nama Saya Tu’ – Tauke Nafi Jadi Bapa Ayam

Terbaru, lapor Harian Metro, pelawak tersebut dipercayai terbabit dengan khidmat seks di hotel dengan bayaran lebih RM1,000 bagi tempoh lapan jam.

Jadi penghantar

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, hasil siasatan pihak polis mendapati individu berkenaan menggalas tugas sebagai penghantar pekerja seks yang telah ditempah secara atas talian menggunakan aplikasi WhatsApp. Menerusi siasatan awal, pelawak tersebut dipercayai mengambil pekerja seks itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum membawanya ke sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Soal siasat terhadap wanita ditahan itu mendakwa dia terbabit dalam kegiatan pelacuran dikendalikan seorang ejen bernama Kevin yang berperanan mempromosikan khidmat seks melalui pelbagai aplikasi media sosial.

Biasanya pelanggan yang berminat diminta mendepositkan wang ke dalam akaun bank diberikan Kevin untuk melanggan pelacur.

Jumpa pelbagai barang bukti

Sekadar gambar hiasan

Ujarnya lagi, pelawak tersebut mendakwa kekasih wanita berkenaan bertanggungjawab sebagai ‘penghantar’ kepada pelanggannya yang sudah berada di hotel.

Tangkapan dilakukan bukan secara kebetulan berikutan polis merancang rapi dan mengadakan operasi khas bagi membongkar aktiviti pemerdagangan manusia itu untuk tujuan eksploitasi seks. Hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai barang bukti antaranya telefon pintar, kondom dan wang disyaki hasil kegiatan jenayah itu.

Terdahulu, pihak polis menahan seorang pelawak terkenal dan berjaya berjaya menyelamatkan seorang wanita di sebuah bilik hotel berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. Mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×