berita

Kepala Dihentam Batu, 12 Tikaman Di Perut & Leher, Remaja Dibunuh Teman Lelaki Sebab Beritahu Hamil

August 30th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Buenos Aires, Argentina seorang pelajar perempuan dipercayai dibunuh oleh teman lelaki dengan kejam apabila dia memaklumkan berita mengenai kehamilannya itu kepada suspek.

12 tikaman di perut dan leher

Menurut sumber media TN, mangsa Lucia Fernandez berusia 15 tahun itu dipercayai maut apabila kepalanya dihentam dengan batu berkali-kali. Selain itu, pihak berkuasa juga menemui 12 tikaman di bahagian leher dan perut.

Difahamkan, suspek merupakan rakan sekelas mangsa telah bertindak kejam dengan membunuh Lucia pada hari Selasa lalu. Suspek dipercayai mengajak mangsa bertemu di sebuah rumah yang terbiar sebelum bertindak kejam menikam mangsa berkali-kali. Selepas insiden itu, suspek telah meninggalkan mangsa sendirian dan bertindak melarikan diri. Mayat mangsa telah ditemui oleh jiran yang tinggal dikawasan berhampiran selepas kira-kira 20 minit suspek melarikan diri.

Suspek berjaya ditahan pihak polis selepas ada saksi yang terlihat suspek bersama mangsa ke kawasan rumah yang terbiar itu. Malah, suspek turut mengakui telah membunuh mangsa selepas diberitahu berita kehamilan anak mereka.

Sumber: TN

SKIP THIS AD ×