Menerusi laporan South China Morning Post, anggota badan yang ditemukan di sebuah apartmen di pinggir Hong Kong, disahkan adalah milik model dan pempengaruh, Abby Choi.
Artikel berkaitan: Miliki Aset Bernilai RM56 Juta, Abby Choi Pernah Sedia Tempat Tinggal Buat Bekas Mentua
Artikel berkaitan: Mayat Model Ditemui Dalam Peti Sejuk, Bekas Keluarga Mentua Ditahan – ‘Kami Masih Cari Kepala..’
Artikel berkaitan: Kepala Model Ditemui Dalam Periuk Sup
Lubang di belakang tengkorak
Pengesahan tersebut disahkan selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Sebelum ini, beberapa anggota badan Abby dijumpai di kampung Lung Mei Tsuen. Bagaimanapun, bahagian badan dan tangan wanita berusia 28 tahun itu masih belum ditemukan dan penyiasat masih melakukan pencarian di beberapa lokasi.
Dalam kes tersebut juga, pegawai penyiasat percaya lubang di belakang tengkorak menunjukkan serangan pada bahagian itu. Setakat ini, enam individu ditahan dan empat sudah didakwa berhubung kes berkenaan.
Menurut media tempatan, polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun pada hari Khamis kerana disyaki membantu dan bersubahat dengan seorang daripada tertuduh. Lelaki itu didakwa cuba membantu bekas suami Choi, Alex Kwong untuk melarikan diri dari Hong Kong, melalui jalan laut.
Alex, 28, bapanya, Kwong Kau dan abangnya, Anthony Kwong, sebelum ini didakwa atas tuduhan membunuh pada Isnin, manakala ibu Alex Kwong, Jenny Li, berdepan satu pertuduhan menghalang keadilan.
Individu kelima yang disyaki menyembunyikan salah seorang suspek pula dibebaskan dengan jaminan polis, tanpa didakwa dengan pertuduhan jenayah .
Lebih 120 pegawai menamatkan pencarian mereka minggu lalu di tapak pelupusan sampah untuk mencari lebih banyak bahagian badan model itu, ketika polis terus menyiasat pembunuhan yang mengerikan itu.
Walaupun kami tidak menemui bahagian badan yang hilang, kami memperoleh bukti kukuh dalam kes itu.
Sumber: South China Morning Post & Harian Metro