berita

Kepala Terkehel Ditarik Isteri, Tajul Selamat Timang Anak Kedua

May 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi Tajul Ariff memaklumkan isterinya iaitu Shamieza Eddie selamat melahirkan anak kedua mereka di salah sebuah pusat perubatan swasta di Kajang. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki seberat tiga kilogram dan dilahirkan secara normal.

Artikel berkaitan: Viral Foto Isteri Hamil, Tajul Buka Mulut Sudah Berkahwin Selama 2 Tahun

Artikel berkaitan: ‘Doakan Segalanya Dipermudahkan’ – Tajul Tak Sabar Timang Cahaya Mata Kedua

Tajul turut berkongsi sedikit pengalaman terkehel di leher ketika isterinya tarik semasa melahirkan bayi itu.

Kepala terkehel

Tajul bersyukur dikurniakan anak kedua dan berterima masih kepada semua pihak yang telah mendoakan urusan isterinya bertarung nyawa di bilik persalinan. Malah, dia turut menceritakan lehernya sedikit tercedera akibat ditarik oleh isteri ketika proses melahirkan anak.

Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak sampai 1 jam bertarung nyawa dalam labour room, wife Tajul dah selamat bersalin dengan normal. Berat anak 3 kg, baby boy. Sepasang dah dapat. Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab bini aku tarik time contraction dia tengah kuat. Nasib baik masih selamat, tengok gambar tepi. Nama baby nanti Tajul akan umumkan.

Alhamdulillah

Dalam hantaran yang sama, Tajul turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital kerana memberi layanan yang baik semasa proses bersalin. Penyanyi kepada dua orang anak ini juga bakal mendedahkan nama anak lelakinya tidak lama lagi.

Sumber: Tajul

SKIP THIS AD ×