Pelawak dan juga pelakon terkenal Ebby Yus, akan mendapat keputusan sama ada dia perlu menjalani prosedur pemasangan bateri pada jantung selepas melakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Serdang pada 12 Disember depan.
Artikel Berkaitan: ‘Arwah Ada Bertanya Pada Saya’- Ebby Yus Dedah Pernah Kongsi Rawatan Sakit Jantung Pada Ridzuan Hashim
Artikel Berkaitan: Syukur Rumah Baru Dah Siap, Ebby Yus Tunggu Dapat Kunci
Perlu jalani prosedur
Memetik laporan Berita Harian, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan beberapa bulan lalu, Ebby mendapati kekuatan jantungnya hanya tinggal 26 peratus.
Berdasarkan pemeriksaan kesihatan sebelum ini, doktor memang ada menyarankan supaya menjalani prosedur pemasangan bateri.
Keputusan sama ada perlu jalani prosedur hanya akan diketahui pada bulan hadapan.
Sebelum ini, saya ada jalani rawatan alternatif dan memang rasa ada perubahan kerana sudah boleh naik tangga.
Tapi, saya sudah lama tak jalani rawatan, kali terakhir selepas raya tempoh hari. Itupun saya ditaja dan kalau nak diteruskan lagi, kosnya agak tinggi.
Jadi, saya hanya akan tahu sama ada rawatan ini benar-benar membantu selepas pemeriksaan kesihatan nanti.
Menurut pelawak berusia 58 tahun itu, dia perlu menjalani prosedur pemasangan bateri yang akan menelan biaya sebesar RM38,000.
Saya akan cuba dapatkan dana daripada hospital, tapi mereka tak akan bagi penuh.
Saya perlu cari lagi sekitar antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk alatan sahaja. Itu belum termasuk ubatan dan wad.
Kalau doktor kata perlu juga jalani prosedur, saya akan cuba usaha untuk kumpulkan sikit-sikit.
Baru saja jalani pembedahan
Sementara itu, pelakon drama ‘Yo Lah Tu’ turut memberitahu bahawa dia baru sahaja menjalani pembedahan untuk menghilangkan katarak dan mengganti lensa mata sebelah kanannya di sebuah pusat perubatan swasta.
Tambahnya lagi, dia sepatutnya menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi disebabkan terpaksa menunggu lama, dia memutuskan untuk beralih ke pusat perubatan tersebut.
Saya terpaksa kerana sudah tak tahan dengan keadaan mata kabur sehingga mengganggu kerja.
Tapi, saya hanya buat sebelah mata terlebih dahulu kerana kosnya bukanlah murah. Sebelah mata sahaja menelan kos RM10,000, mujur masih ada ‘job’, jadi saya kumpul sikit-sikit.
Insya-Allah, doktor kata dalam tempoh seminggu saya akan mula dapat rasakan perubahan pada mata. Jika tidak, saya selalu pening dan berpinar jika matahari terlalu kuat.
Sumber: Berita Harian