berita

‘Keputusan Sekarang 4-0’ – Almy Nadia Selamat Bersalin Anak Perempuan

December 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri, Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata keempat mereka, hari ini.

Tahniah!

Menurut Fizz Fairuz, dia bersyukur isterinya telah selamat bersalin cahaya mata keempat mereka awal pagi tadi. Sebagai suami, Fizz berterima kasih kepada semua yang mendoakan isterinya. Fizz Fairuz sempat berseloroh dan menyatakan keputusan sekarang 4-0.

Alhamdulilahhhh, isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin. 4-0 keputusan sekarang.

Permudahkan segala urusan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Terdahulu, Fizz Fairuz memuat naik satu video yang menunjukkan Almy sedang menunggu masa untuk bersalin. Ujar Fizz Fairuz, dia berharap segala urusan isterinya untuk bersalin dipermudahkan oleh Allah. Rata-rata netizen turut memberi kata-kata positif buat pasangan tersebut dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga bulan Jun 2014 dan mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Afrina Arrianna, Nur Afrina Aurora dan Nur Afrina Darwisya.

Sumber: Fizz Fairuz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×