berita

Kerajaan Filipina Dapat Kebenaran Masukkan Sabah Dalam Peta, Ini Respon Tegas Hishamuddin

August 25th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ini adalah bukan kali pertama negara Filipina bertindak menuntut Sabah dari Malaysia. Sebelum ini, Filipina pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Sabah sebahagian daripada negara itu.

Terbaru, menerusi laporan CNN Philippines, mendakwa Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) termasuk Sabah di dalam passport mereka.

Menekankan hak dan sejarah

Memetik laporan CNN Philippines, Cagayan de Oro Rep. Rufus Rodriguez menyifatkan pindaan ini adalah bertujuan untuk menekankan terhadap hak dan sejarah Filipina ke atas Sabah. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menulis rang undang-undang House Bill 6399 yang akan memberi kesan kepada Akta Passport Filipina 1996. Dokumen perjalanan Filipina itu menegaskan hak kedaulatan mereka di Laut Filipina Barat dan EEZ.

Mengimbas kembali sejarah, pada tahun 1963, Sabah telah bergabung di bawah naungan Malaysia. Negeri itu sebelum ini pernah menjadi sebahagian daripada kesultanan Sulu yang merangkumi Borneo Utara dan Filipina Selatan.

Sabah selamanya milik Malaysia

Sementara itu Menteri Luar Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi laman Twitter, menegaskan bahawa negeri Sabah adalah sebahagian dari Malaysia dan untuk selamanya. Di dalam persidangan Parlimen pada 5 Ogos lalu, Datuk Seri Hishammuddin membidas kenyataan terhadap Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr mengenai ciapannya yang mendakwa ‘Sabah is not in Malaysia‘.

Saya nak nyatakan di Dewan Rakyat ini, kita tak mengiktiraf untuk memenuhi mana-mana pihak asing di Sabah. Pada masa sama, Sabah milik Malaysia dan akan tetap sebahagian dari Malaysia selama-lamanya.

Tidak layan sebarang tuntutan

Menteri Luar iaitu Datuk Seri Anifah Aman menerusi laporan Astro Awani, menyifatkan Filipina jahil terhadap sejarah dan undang-undang negara. Malah, kerajaan Malaysia tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak terhadap negeri Sabah.

Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian dari Malaysia sejak Persekutuan ini ditubuhkan pada 16 September 1963.

Sumber: Astro Awani, Harian Metro, CNN Philippines, Inquirer.net

SKIP THIS AD ×