berita

Kerana ‘Bitchy’ Sangat, Sherry Ibrahim Teruk Dimaki Hamun

April 14th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-04-13 at 11.13.32 PM

Kadang-kadang, terbit rasa kasihan kami kepada selebriti-selebriti di Malaysia ni. Bukan apa, ada yang baik pun kena maki, yang perangai buruk apatah lagi kan?

Tapi, nak buat macam mana. Dah nama pun ‘public figure’, semua tindak tanduk diperhatikan.

Haa, korang mesti pelik Mek tengah cakap tentang siapa kan? Sebenarnya, Mek tersentuh dengan luahan hati pelakon jelita Sherry Ibrahim di laman Instagramnya malam tadi.

Sherry Terima Kata-Kata ‘Kurang Manis’

Screen Shot 2015-04-13 at 11.35.31 PM

Ceritanya begini, menurut Sherry, ada segelintir peminat fanatik dan haters drama Cinta Ibadah yang memberikan komen-komen negatif di laman sosial ekoran watak yang dilakonkan oleh Sherry.

Iyalah, dalam drama tersebut, Sherry memagang watak sebagai doktor Irma yang pada awalnya baik, tiba-tiba bertukar menjadi ala-ala bitchy kerana tergila-gilakan suami orang.

Dek kerana itulah, ramai peminat drama tersebut bengang dengan Sherry. Mungkin kerana itu juga, mereka sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati si manis ini.

I’m Human & I Have Feelings Too

Screen Shot 2015-04-13 at 11.35.50 PM

Hmm, dapat kami bayangkan bertapa terlukanya hati Sherry apabila menerima komen negatif tersebut.

Penonton pun haruslah faham, lakonan dan realiti itu tak sama. Tak semua pelakon itu melakonkan watak dan sifat dirinya sendiri. Eh?! Hehe.

Jadi, diharap semua jelas dengan penjelasan yang Sherry berikan. Harapan kami, tak adalah lagi yang marah-marah atau emosi lepas ni. Chill la!

Kepada Sherry, anggap sajalah anda telah berjaya melakonkan watak tersebut. Kalau tak berjaya takkan orang tak suka dengan watak doktor Irma. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×