Status seorang guru OKU yang meminta agar pihak KPM meluluskan segera permohanan pertukarannya mendapat perhatian ramai netizen. Cikgu tersebut telah mengalami kecacatan kekal selepas terlibat dalam kemalangan pada bulan Mac lalu.
Kisah ini turut viral di laman twitter sehingga mendapat respon Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.
Harus bagaimana lagi untuk aku sampaikan hajat ini?
Cikgu Abdullah meluahkan rasa terkilan apabila permohanan pertukarannya sudah dibuat 2 bulan lalu, namun tidak mendapat respon pihak KPM. Walau bagaimanapun, Dr Maszlee sudah meluluskan permohanan cikgu ini selepas viral di media sosial.
Luluskan permohonan dengan segera
Menerusi twitter Dr Maszlee Malik, beliau meluluskan segera permohonan pertukaran Cikgu Abdullah yang kurang upaya itu. Malah, mendoakan agar cikgu itu terus semangat untuk mengajar.
Terima kasih mereka yang membantu saya
Sumber : Maszlee Malik