berita

Kerana Politik, Rakan Artis Sanggup Kutuk Nurul Wahab

April 18th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nurul Wahab

Dalam kehangatan serta kesibukan menanti hari mengundi, pastinya pelbagai isu bakal timbul tambah-tambah lagi bagi mereka yang aktif berpolitik.

Terbaru menerusi blog Nurul Wahab, penyanyi tersebut telah berkongsi sedikit cerita mengenai seorang artis yang dikatakan terlalu taksub dengan parti politik sehingga mengutuk dirinya dengan kata-kata yang tidak enak didengar.

“Ada berita datang ke telinga aku ni tentang seorang artis yang berubah – masuk politik dan namanya memang hot lah! Orangnya pun hot. *peace.* Cerita yang seronok aku dengar apabila si hot ni datang ke Baling Kedah – tak jauh pun dengan kampung asal arwah atuk & nenek serta arwah abah.

Kata sepupu aku  yang berpangkat Dato ini, nama aku disebut oleh si artis yang hot ni. Katanya dia berubah kerana industry muzik dan dunia artis ni tak betul. Lepas tu ada la nama artis yang dia sebut. Dalam banyak-banyak tu dia sebutlah Nurul Wahab. Katanya aku tak sedar diri, seksi lah apa lah.. (aku tak tahu detail yang lain) Wah!! Hebat juga aku ini! Terima kasih politician yang hijau. Awak mengata tu tentang Nurul Wahab di kawasan arwah atuknya dan abahnya… ehhehe… orang akan sampaikan pada si tuan punya nama juga.. hehehe.. Baik atau buruk, pada aku ianya publisiti! Kena lah berterima kasih, kan.. . Hahahhaa..” ujar Nurul Wahab menerusi laman blognya beberapa jam yang lalu.

Menerusi entry yang sama, Nurul turut melahirkan rasa pelik dan terkejut apabila artis tersebut menyatakan bahawa dirinya berubah kerana Allah dan mengaku pernah mimpi berjumpa dengan Allah S.W.T. Wow, sungguh hebat bukan?

Si hot ni tadi, selepas dah puas mengutuk aku yang tidak ada kena mengena dengan parti politiknya tu; – dengan bangganya menceritakan bahawa dia berubah kerana Allah datang ke dalam mimpinya! Wow! Itu macam dah berpangkat maksum! Setahu aku (dalam pada kejahilan aku ni) hanya Nabi Muhammad SAW yang boleh bertemu Allah. Bermimpi Nabi Muhammad itu mungkin. Tetapi tidak Allah untuk kita manusia biasa ini. Itu setahu aku lah.. Selepas dia sebutkan cerita mimpinya tu, habislah kena boo dan ada yang bangun pulang. Aku tak ada di situ. Ini cerita sepupu aku yang sampaikan. Ada video katanya. Nak juga aku tengok video tu! Aku ketawa sahaja mendengarkan cerita yang disampaikam. Biasalah tu.. dunia sekarang berpolitik kena kutuk dan menjatuhkan orang lain… ooopppsss!”

Apa pun bagi semua peminat Nurul, jom tengok foto terbaru penyanyi tersebut selepas ini. Wah, comelnya Nurul, dah nampak ‘baby bump.’ :)

Kredit Foto & Sumber : Instagram & Blog Nurul Wahab 

SKIP THIS AD ×