berita

Kerap Dipukul Anak Autisme, Zarina Zainuddin Akur Terpaksa Beri Ubat

February 14th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini pelakon Zarina Zainuddin tetap dengan pendirian untuk tidak memberi apa-apa ubat kepada kedua anaknya yang menghidap autisme. Namun, apabila anaknya itu mula meningkat usia remaja dan terlalu agresif, kini pelakon ini terpaksa memberi ubat untuk mengawal tingkah laku anaknya itu.

Bagaimanapun, ketabahan dan kecekalan seorang ibu seperti Zarina Zainuddin membesarkan dua anak menghidap autisme perlu diberi pujian.

Saya tidak dapat mengawal tenaga mereka

Menurut Berita Harian, Zarina Zainuddin terpaksa memberi sejenis ubat kepada kedua anaknya yang menghidap autisme bagi mengawal tingkah laku mereka daripada terlalu agresif. Dia juga tidak mempunyai pilihan lain selain memberi sejenis ubat dalam dos kecil kepada Azal dan Azil.

Saya buntu kerana tidak tahu pendekatan yang perlu diambil. Pada mulanya, saya enggan membiarkan mereka bergantung kepada ubat. Ini kerana tubuh mereka jadi lemah dan tidak berselera untuk makan selepas diberi ubat itu.

Namun, rentetan kejadian kelmarin, saya terpaksa memberi Azal dan Azil ubat dalam dos yang sedikit. Kadang kala, saya dan suami tidak dapat mengawal tenaga mereka yang semakin membesar.

Digigit dan dicakar hingga luka

Pelakon ini juga sebak apabila mengenangkan nasib kedua anaknya itu sekiranya terjadi apa-apa kepada dirinya dan suami pada masa depan. Malah, suami kepada pelakon ini turut berdepan dengan tingkah laku agresif Azal dan Azil.

Perkara ini dialami suami saya juga. Ada kalanya, dia terkena lebih teruk seperti digigit dan dicakar hingga luka. Cuma saya tidak memuat naik rakaman video dalam media sosial atas permintaannya.

Bukan mencari publisiti murahan

Walaubagaimanapun, Zarina Zainuddin percaya bahawa semua manusia diuji dengan dugaan hidup yang berbeza. Dia juga menafikan tidak mencari publisiti murahan apabila hanya mampu memuatnaik video di Instagram.

Bengkak mata saya memikirkan nasib Azal dan Azil jika kami sudah tiada lagi. Saya berterima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu dan memberikan kata-kata semangat. Saya menganggap ujian Allah ini sebagai kifarah dosa lalu dan menghadapinya dengan sabar.

Bukan mencari publisiti murahan dengan memperbodohkan diri dalam media sosial. Apa yang saya buat adalah memberi kesedaran mengenai autisme.

Cuma kita tidak boleh menghakimi kerana tidak berada di tempat mereka. Saya turut mencuba beberapa saranan pengikut Instagram, cuma ia bukanlah mudah… Tidak semua orang sama.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×