Penyanyi rap sensasi Caprice memberitahu dia sekali lagi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: Caprice Panik Ingatkan Kena Serangan Jantung, Doktor Beritahu Ada Simptom Penyakit Hipertiroid – ‘Saya Harap Boleh Dirawat Dengan Ubat-Ubatan’
Artikel Berkaitan: Isteri Caprice Terlalu Penat & Tanggung Stres Dengan Netizen, Doktor Syak Hidap Vertigo – ‘Jangan Serang Dia, Saya Yang Berjihad’
Kerap keluar masuk hospital
View this post on Instagram
Berkongsi di Instagram (IG) miliknya, Caprice, 34, berkata dia mengalami demam dan sesak nafas sejak dua minggu lalu.
Kata aktivis kemanusiaan itu, doktor belum dapat mengenal pasti punca dia jatuh sakit namun tetap bersyukur kerana bukan jangkitan virus Covid-19.
Sejak dua minggu ini saya sering keluar masuk hospital disebabkan demam dan sesak nafas. Perkara pertama yang terlintas di fikiran pastinya jangkitan Covid-19, namun syukur bukan Covid-19.
Harap tiada apa yang serius dan segera sihat. Doktor masih tak tahu lagi punca saya sakit. Insya-Allah saya okey.
Keselamatan keluarga diutamakan
Biarpun sedang sakit, pelantun lagu Lenglui ini sempat menghadiri satu sesi pembentangan projek serta menunaikan solat Jumaat sebelum ke hospital.
Dalam pada itu, pemilik nama Ariz Ramli menyatakan seluruh ahli keluarganya termasuk isteri dan anak tiri dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19 bagi memastikan berada dalam keadaan sihat.
Untuk tujuan keselamatan, seluruh ahli keluarga perlu menjalani ujian. Alhamdulillah semua negatif.
Semua yang mempunyai keluarga akan risau dengan peningkatan kes harian.
Pada 15 November tahun lalu, Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Hussni yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu, Aleesya Sofea yang berusia enam tahun.
Sumber: Instagram @capricedaddycap