berita

Kerap Kongsi Tentang Vaksin, IG Suhaimi Saad Kena Sekat 30 Hari – ‘Ada Aku Kesah!’

September 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Mosus

Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menerusi satu hantaran di Facebook menjelaskan akaun Instagramnya (IG) telah disekat selama 30 hari.

Artikel Berkaitan: Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid, Minta Netizen Henti Panggil ‘Ustaz’ Panggil Mie Je!

Artikel Berkaitan: ‘Cikgu Bukan Orang Bodoh Macam..’ – Suhaimi Saad Puji 779 Guru Tolak Vaksin Di Johor

Akaun IG disekat

Foto: Mosus

Suhaimi Saad menjelaskan akaun Instagramnya telah disekat berikutan tindakan orang ramai yang membuat laporan tentang aktivitinya selama ini. Bekas penyanyi ini, mendakwa dia dikenakan tindakan sedemikian rupa berikutan aktif berkongsi mengenai isu vaksin dan kerajaan.

Disebakan SS selalu share pasal vaksin dan kantoikan kerajaan, ada orang Islam yang buat report. So IG pun block akaun SS 30 hari. Ada aku kesah!

Bercerita lebih lanjut, Suhaimi sama sekali tidak kisah akan apa yang telah menimpa akaun Instagramnya dan meminta netizen untuk tidak bertanyakan lagi.

Makluman IG SS kena block 30 hari. Jangan tanya lagi

Terdahulu, Suhaimi telah menyatakan rasa hormatnya kepada 779 guru yang dipercayai menolak vaksin. Ujarnya, hanya orang ‘bodoh’ sahaja yang akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti mengambil vaksin demi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.

Posting asal

 

Sumber: Mosus

SKIP THIS AD ×