Lama tidak mendengar perkembangan mengenai penyanyi Hi Hi Bye Bye iaitu Ezlynn dalam industri hiburan tanah air. Ezlynn sebelum ini telah berkhidmat sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai frontliners.
Terbaru, penyanyi ini berkongsi pengalaman pernah disantau dan menemui sebuk berpasir di dalam stor rumahnya sebanyak tiga kali.
Ada orang nak sampaikan sesuatu
Menerusi perkongsian di Media Hiburan, Ezlynn mendedahkan dirinya telah beberapa kali temui serbuk pasir di dalam rumahnya. Dia tidak mengetahui siapa individu berkenaan dan bagaimana serbuk pasir itu boleh berada di dalam rumahnya.
Kebanyakan pakar perubatan Islam yang saya jumpa, memang mengatakan ada orang nak sampaikan sesuatu, nak bagi kita nampak buruk.
Dia bukan nak santau tapi ia berkaitan dengan amalan ‘pelalau. Rumah saya besar, duduk pula seorang. Ia diletakkan di tempat kasut di dalam stor. Saya jarang ke tempat tersebut, pada awal saya jumpa kat kisahlah, saya ingatkan pasir, mungkin ianya datang daripada tempat tapak rak kasut.
‘Pasir apa ni?’
Sementara itu, Ezlynn pernah berkongsi gambar pasir yang ditemui di dalam rumahnya itu di laman Instagram. Malah, dia telah menemui serbuk pasir yang sama sehingga dua atau tiga kali.
Tapi kasut tersebut bukanlah saya pakai untuk masuk hutan, rasa pelik juga. Namun, saya tetap sapu sehinggalah kali kedua saya jumpa benda yang saya beberapa bulan selepas itu, buatkan hati saya terdetik.
Jadi, saya kumpul dan tunjuk pada yang arif. Mereka kata berkemungkinan ia berkaitan dengan perkara yang tidak baik. Sebelum ini, saya pernah disantau dan pernah berjumpa ustaz untuk berubat. Katanya, orang yang ‘buat’ kita akan cuba ‘buat’ kita sampai bila-bila. Dia takkan berhenti dan puas hati.
Jadi, saya akan perlu ubah cara hidup, maknanya jaga solat. Inshaallah, akan sembuh dengan sendiri. Sentiasa dekatkan diri dengan Pencipta.
Sumber: Media Hiburan