Baru-baru ini, penyanyi Tom mendedahkan bahawa suaminya, Fuad Rahman telah memberikan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta baru.
Artikel Berkaitan: ‘Tuhan Beri Hint Untuk Saya Berehat’ – Tom Mengaku Penat Badan, Emosi Terganggu
Artikel Berkaitan: Fuad Rahman Larang Tom Bernyanyi Di Kelab Malam Selepas Kahwin – ‘Lebih Baik Tak Terlibat, Saya Boleh Tanggung Dia & Anak-Anak’
Kereta baru
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, memuat naik gambar dia dan suami bersama kereta barunya.
Menurut Tom, disebabkan kereta lamanya sering mempunyai masalah, Fuad membuat keputusan untuk menghadiahkannya sebuah kereta baru.
Penyanyi berusia 37 tahun itu turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami tercinta atas pemberian kereta yang diberikan kepadanya.
Disebabkan kereta Nissan Latio Tom selalu rosak, Fuad tak larat nak betulkan selalu, jadi hari ini suami kita hadiahkan kita kereta Honda HRV RS untuk Tom.
Hehe Alhamdulillah. Terima kasih bnyak-banyak suamiku Fuad Rahman untuk hadiah yang besar ini.
Dalam pada itu, Tom meluahkan rasa gembira kerana sudah mempunyai dua buah kereta di atas namanya.
Peserta program Famili Duo itu turut mendoakan supaya suaminya dimurahkan rezeki selalu.
Tom gembira, sayang sangat dekat abang. Yayy Tom dah ada dua biji kereta nama Tom. Love abang sangat. Tom doakan abang murah rezeki. Amin
Sekadar info, Tom dan Fuad Rahman telah bernikah pada 26 Februari lalu di Batam Indonesia. Sebelum ini, Tom pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.
Manakala Fuad pula memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Sumber: Instagram